Tular video Sissy Imann membuat persembahan menyanyikan lagu Raya Oh Yeah dalam sebuah rancangan hiburan. Menyanyikan lagu nyanyian asal Yuna, persembahannya Sissy dikritik kerana netizen mendakwa lagu yang dibawakan seolah-olah tidak kena dengan suaranya.
Ada yang sempat berseloroh menyokong tindakan Mas Idayu yang pernah memberi kritikan pedas berkenaan dengan nyanyiannya. “Baru aku faham kenapa Mas Idayu Marah hari tu. Sedap lagi aku nyanyi “Memang peliklah siapa yang marah Mas Idayu hari tu,” tulis netizen. Terdahulu, nyanyian Sissy pernah dikritik oleh Mas Idayu ketika menyertai Famili Duo TV3 kerana tidak memberikan persembahan yang memuaskan.
Netizen juga turut mendakwa Sissy ingin meniru cara nyanyian Yuna dan Aisyah Aziz.
|
ADVERTISEMENT