CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Lama Sorok Muka Sebab Pakai Mask, Penduduk Jepun Sanggup Upah Pakar Ajar Cara Untuk Senyum Semula

10-5-2023 05:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1463| Komen: 34

TOKYO – Sebilangan penduduk Jepun sanggup mengupah pakar untuk mengajar mereka cara mengukir senyuman di khalayak ramai.

Senyum menjadi sukar selepas mereka menyembunyikan wajah di sebalik pelitup muka selama tiga tahun ketika pandemik Covid-19.


MailOnline melaporkan, Jepun baru sahaja mengisytiharkan penamatan sekatan Covid-19 dengan menghapuskan baki kawalan sempadan minggu lalu dan menamatkan peraturan pelitup muka pada Mac.

Foto: Kosmo

Orang ramai masih memilih untuk memakai pelitup muka ketika berada di luar, namun segelintir daripada mereka bimbang sekiranya terlupa cara untuk senyum kerana telah menutup wajah dengan terlalu lama.

Mereka bimbang sekiranya senyuman yang ditampilkan tidak asli dan ada yang khuatir untuk menunjukkan semula bahagian bawah wajah kepada orang lain. 

Justeru, sebilangan penduduk Jepun cuba mendapatkan bantuan pakar untuk mencari cara mengekspresikan semula wajah mereka.


Bercakap kepada akhbar Japan Times, seorang jurulatih senyuman, Miho Kitano berkata: “Ada individu yang memberitahu bahawa walaupun tidak perlu memakai pelitup muka, mereka enggan menunjukkan bahagian bawah wajah kerana tidak tahu cara untuk tersenyum.

“Ada yang berkata mereka melihat banyak kedutan di sekeliling mata apabila tersenyum dan merasakan wajah mereka ‘kejung’ kerana sekian lama tidak menunjukkan ekspresi,” katanya.

Menurut Kitano, syarikatnya iaitu Smile Facial Muscle Association telah merekodkan peningkatan bilangan orang ramai yang ingin mencari cara untuk senyum semula.

‘Pakar senyuman akan memberi latihan dengan meminta peserta menggigit penyedut minuman bertujuan untuk menaikkan otot pipi dan membantu menampakkan gigi mereka,” katanya.  – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 10-5-2023 06:23 PM
takdak cermin ka kat ghumahhh?

apoooo
Quote dua_chzy 10-5-2023 06:43 PM
Edited by dua_chzy at 10-5-2023 10:44 AM

Nihon jin ni adelah antara bangsa dengan minda paling fakap di dunia. Ingat saja eksperimen unit 731. Sadly, findings dalam eksperimen tu juga la yang bawa kemajuan dan pengetahuan baru dalam dunia perubatan moden.
Quote orkid_amani 10-5-2023 10:20 PM
Eehhh bukan jepun Ka yg ajaq sebut tige puluh tige 3x utk senyum? Aii masa p training customer service diorang ajaq senyum Cara jepun ni
Quote pearl.silver 10-5-2023 10:32 PM
Siannya.. Dok pki mask sampai xpenah senyum.
I rasa i pki mask senyum je mcm biasa..
Dan selalu anggap org tu balas senyuman kita.. Kdg dr mata pun kita boleh nmpk dia tgh senyum.

Ceewahh.
Quote Decaffeinated 10-5-2023 10:35 PM
Bukan Jepun kalau tak ada servis mengade2 macam ni.

Quote rosedemon 11-5-2023 08:18 AM
bodohnya penduduk jepun
Quote apech 11-5-2023 09:03 AM
orkid_amani replied at 10-5-2023 10:20 PM
Eehhh bukan jepun Ka yg ajaq sebut tige puluh tige 3x utk senyum? Aii masa p training customer servi ...

sebut "tige puluh tige" ke? Mcm pelik je jadi senyum  
Quote Yoonggi 11-5-2023 09:13 AM
knp lak pakai mask smpai lupa cara nk senyum? aku pakai mask, still senyum je kat org. boleh nmpk apa dr mata tu org senyum. org pun akan senyum balik.
Quote supernaturalee 11-5-2023 09:17 AM
ape ke teruk sgt
Quote supernaturalee 11-5-2023 09:19 AM
even dlm forum ni pun iols selalu je tersenyum baca posting masing2


Quote prince_marhaen 11-5-2023 10:54 AM
Edited by prince_marhaen at 11-5-2023 10:56 AM

warga jepun kan dah macam robot...masyarakat yang heartless, tak ada perasaan, sama level dengan cina bukit tanah besar tu, semua benda kena prosedur, peraturan, SOP, ada manual book, ni dah kira macam reboot balik lah otak diorang cara senyum pulak...

Quote green~tea 11-5-2023 10:57 AM
Is that so hard to fake it????? LOL
Quote ifanonline 11-5-2023 11:50 AM
mungkin kena lantik pelakon2 porno jepun sebagai coach
Quote lurve82 11-5-2023 12:05 PM
Keras sangat dh ke muka tu? Ntah2 botoks. Tak pun tengok la movie smile ni hah kot2 blh senyum semula
Quote mdhelmi 11-5-2023 03:21 PM
suruh diorang tengok cabaran ucchan dan nanchan
Quote copy_paste 11-5-2023 03:34 PM
prince_marhaen replied at 11-5-2023 10:54 AM
warga jepun kan dah macam robot...masyarakat yang heartless, tak ada perasaan, sama level dengan cin ...

selalunya jenis urban yg mcm tu,xde agama,perasaan dan kepercayaan,

Quote hokeypokey 11-5-2023 03:42 PM
aiyaa..sinyum pun susah maaa
Quote sismarkonah 11-5-2023 03:50 PM
cuba bawa masuk movie Hantu Kak Limah Balik Rumah dekat pawagam Jepun, mau tersengih2 sebut kita bakor, kita bakor

Quote Tinot7 11-5-2023 03:58 PM
apech replied at 11-5-2023 09:03 AM
sebut "tige puluh tige" ke? Mcm pelik je jadi senyum

Tiga puluh tiga, ka thirty-three?

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.177227 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top