Lee Seung Hoon WINNER (II) muncul pada episod “Girls Night Out” yang disiarkan di Mnet pada hari Isnin menjelaskan tentang hutangnya kepada Lisa BLACKPINK. Penyanyi itu mendedahkan dia berhutang sehingga mencecah 2 bilion won (sekitar RM6.7 Juta).
Hutang tersebut muncul selepas Seung Hoon mengajak Lisa membuat penampilan istimewa dalam video pada akaun peribadi TikToknya. Hal ini turut mendapat respons dari Lisa. Sebaliknya, Lisa menarik perhatian dengan berkata, “Adakah saya ditipu?” sebelum bergurau. “Saya membantu Seung Hoon. Dia meminta saya membuat cabaran video pendek dan meminta deposit 2 bilion won. Tetapi dia belum membuat pembayaran. Sila buat pembayaran." Sementara itu, berita ini telah mendapat liputan meluas pada media tempatan sehinggakan menarik perhatian pelakon dan pengarah Fadzil Zahari. Di ruangan komen, suami kepada Yana Samsudin.
“Lisa perlukan seorang suami yang boleh tolong kutip hutang-hutang dia..” tulisnya di Instagram. Komen adik kepada pelakon Farid Kamil ini dianggap lucu di kalangan netizen, malah ada yang berfikir Fadzil mahu menduakan isterinya. Tapi ternyata ini hanya gurauan semata-mata. Sekadar info, Seung Hoon diketahui sememangnya berkawan rapat dengan ahli BLACKPINK. Ketika kumpulan itu memulakan konsert “BORN PINK” di Seoul tahun lepas, dia datang untuk memberikan sokongan dan totaliti dengan memakai barangan BLACKPINK. Sumber: Murai |
dudaberhias replied at 10-5-2023 05:34 PM
Masalahnya ko mampu ke nak kutipkan sedangkan pasu 200K pun tak mampu lepastu lakonan keras kaku kej ...
dudaberhias replied at 10-5-2023 05:34 PM
Masalahnya ko mampu ke nak kutipkan sedangkan pasu 200K pun tak mampu lepastu lakonan keras kaku kej ...
QueenIsolde replied at 10-5-2023 06:27 PM
Terpaksa la drop komen2 bodo camni utk secebis perhatian, nanti klu takde org sebut2 takde job lak d ...
ADVERTISEMENT