CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan Didakwa Pukau Pekerja Kedai Tudung, Buat Kalut Untuk Kebas Duit Beratus Ringgit

10-5-2023 05:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1113| Komen: 9

Seorang pelanggan didakwa menipu dengan memukau pekerja di sebuah kedai jualan tudung, baru-baru ini.

Rakaman yang tular di TikTok itu memaparkan pelangga memulakan taktik dengan membayar RM100 untuk harga tudung bernilai RM20.


Individu berkenaan kemudiannya tidak jadi membeli tudung dengan memulangkan semula baki RM80 dan duit RM100 yang dipulangkan pekerja telah disorokkan.

Foto: tiktok

“Staff dah pegang duit baki, dan-dan tak jadi beli. Minta diskaun RM10, tudung RM20. tak dapat terus minta duit balik.

“Dapat balik duit RM100 terus pusing sorok duit dalam baju. Pusing balik terus jadi beli dan ambil duit baki tak jadi beli tadi. Buat-buat kalut supaya staff pening,” tulis di kapsyen.

Di ke ruangan komen, ramai warganet yang berkongsi pengalaman yang sama, malah ada yang memberi nasihat untuk berjaga-jaga sekiranya bertugas di bahagian kaunter pembayaran.




“Pernah kena sekali rugi dalam RM180 lebih sekali dengan barang dia ambil. Sebiji macam dalam video.

“Kalau dah pulangkan duit customer, cepat-cepat letak balik dalam cashier. In case customer argue, saya check CCTV dulu sebab alasan dalam cashier tak boleh buka sebarangan,” tulis netizen di ruangan komen. -CARI

Sumber: XTRA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rogayahtop 10-5-2023 08:06 PM
ni bukan makcik yg sama yg curi handbag tu ke?
Dah start keluar balik dah geng2 pukau ni.
Quote PULANGKAN 10-5-2023 08:51 PM
rogayahtop replied at 10-5-2023 08:06 PM
ni bukan makcik yg sama yg curi handbag tu ke?
Dah start keluar balik dah geng2 pukau ni.

anak kawan Iols pun kenaMO diorang ni, mostly target cashier budak2 muda, yang jaga cash register sorang2

macam anak kawan Iols tu kena, cashier restoran.
bila tengok CCTV, kena ganti balik dekat RM200.
tapi makcik tu pakai cermin mata, kulit cerah
Quote adizero11 11-5-2023 08:06 AM
Jgn sbb geng2 ni semua kedai mula praktik cashlesss
Quote rosedemon 11-5-2023 08:17 AM
mna la mncul mkcik2 ni ek.
Quote nw111 11-5-2023 11:17 AM
Kedai2 ni patut dh kena go cashless...risk nk kena rompak pun kurang sikit
Quote doridori_hi 11-5-2023 11:46 AM
Pernah kena ada pakcik ni, buat2 nk tukar duit ,tiba2 je muncul, mula2 mintak tukar aku ckp okay, ada... tp dah mcm pelik mintak note yg dia nak tu, nk tanda tangan dan nama yg sama kt note tu, kejadahnya aku nk check satu2...
so ,aku dah tak sedap hati.. aku tukar ckp tak brp nk ada tak cukup tukar, dan aku ckp sorry.. dia bengang sb tdi aku cakap ada.. dia blah smbil bebel2..
Quote doridori_hi 11-5-2023 11:53 AM
https://b.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=5120658&highlight=tomok&mobile=2

kes pukau pekerja tomok , MO kelirukan staff jugak..
Quote rogayahtop 12-5-2023 04:17 PM
PULANGKAN replied at 10-5-2023 08:51 PM
anak kawan Iols pun kenaMO diorang ni, mostly target cashier budak2 muda, yang jaga cash register  ...

tulah mmg kaki pukau diorang suka target yg muda2, pompuan esp paling senang nak kena pukau. yg kertu2 ni dah liat tak jalan dah taktik pukau diorang.
Ada bideo dekat tiktok tu ckp dari mata je diorang dah boleh tau senang dipukau ke tak.


Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.126852 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top