CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hunny Madu Merungut Pantai Tok Bali Kotor Teruk! Kerajaan Negeri Kata Lambakan Sampah Sarap Bukan Seliaan PBT

10-5-2023 05:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 881| Komen: 11

KOTA BHARU – Kerajaan negeri menegaskan lambakan sampah sarap di Pantai Bisikan Bayu, Tok Bali dekat Pasir Puteh yang tular di sosial baru-baru ini melibatkan tanah persendirian dan bukan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT).


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Dr. Izani Husin berkata, kebersihan di sekitar kawasan pantai di Tok Bali sentiasa terjaga kerana pihaknya telah melantik kontraktor yang bertanggungjawab menjalankan rutin mengutip sampah.

Menurutnya, meskipun ada tanah di pantai berkenaan adalah milik persendirian, pihaknya sudah mengarahkan PBT untuk membersihkan kawasan itu.

Foto: Kosmo

“Ada dua kawasan di pantai tersebut iaitu sebahagiannya di bawah seliaan PBT dan sebelah lagi tanah milik persendirian. Jadi, kawasan yang telah tular di media sosial itu adalah tanah milik persendirian.


“Meskipun ia tanah milik persendirian, kita telah arahkan PBT untuk membersihkan kawasan berkenaan dan diharap semua pihak dapat bertanggungjawab menjaga kebersihan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Autisme Sedunia Peringkat Negeri Kelantan 2023 di Tunjong hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan, penyampai radio jelita, Hunny Madu, menzahirkan rasa kecewa apabila melihat tahap kebersihan di Pantai Tok Bali yang disifatkannya sangat menyedihkan.

Hunny atau nama lengkapnya Hani Farhana Mohd Hatim, 39, terpaksa membatalkan niatnya untuk menyinggah dan membeli aiskrim di tepi pantai setelah melihat keadaan persekitaran tersebut. -CARI

Sumber: kosmo 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 10-5-2023 05:14 PM
Dah tu takkan nak tunggu under PBT baru nak kene bersihkan.Dah tahu rakyat semua majoriti pengotor.

Kalau jumpa harta karun dan patung budda emas era langkasuk kat area tu confirm laju jah theyols klem kan.

So far pantai tu je la bersih, tempat lain mesti serambi sampoh jugak. Nak panggil serambi mekoh pun tak tergamak sebab mana ada transit pergi haji dah kata kelate tu. Dulu ye la kena naik kapal laut berkumpul kat sana kalau nak gi haji. Jadi di namakan lah serambi mekoh. Ni dah jadi transit sampoh jah. So serambi sampoh.


Quote AbukRokok 10-5-2023 05:57 PM
dudaberhias replied at 10-5-2023 05:14 PM
Dah tu takkan nak tunggu under PBT baru nak kene bersihkan.Dah tahu rakyat semua majoriti pengotor.
...

contohi serambi madinah - melakau
Quote sharlenetexas 11-5-2023 03:33 AM
Tanah persendirian ke tanah gomen ke, kenapa perangai mcm takde iman gi buang supit rokrak merata?

Quote tapirbiru 11-5-2023 07:22 AM
penyampai radio jelita? agak2 la yg menulis pun
Quote Knowlee 11-5-2023 08:15 AM
Rakyat pengotor, takde disiplin mengakibatkan kerugian besar kepada kerajaan.
Quote Lavender_Violet 11-5-2023 08:19 AM
tapirbiru replied at 11-5-2023 07:22 AM
penyampai radio jelita? agak2 la yg menulis pun

Kan? Aku pun nak komen benda yg sama
Delusional sangat wartawan tu
Quote adizero11 11-5-2023 08:21 AM
Rakyat Kelantan dan sampah mmg xdpt dipisahkan..
Quote Lavender_Violet 11-5-2023 08:23 AM
Knowlee replied at 11-5-2023 08:15 AM
Rakyat pengotor, takde disiplin mengakibatkan kerugian besar kepada kerajaan.

Tu lah tu...
Elok2 kos pembersihan tu utk tempat lain terpaksa allocate utk tanah persendirian ni
Bukan sepatutnya kena denda dah ke owner tanah persendirian tu?
For that matter, mungkin dia pun tak tau kejadian sampah sarap kat tanah milik dia tu...sejenis org luar tak duduk sana tapi beli je buat asset
Orang keliling atau penduduk setempat yang sesuka sesuki buang sampah tu agaknya
Sesiapa org Kelantan kat sini tolong lah suggest kat PBT korang utk letak lebih banyak tong sampah disana sini
Ni tak, aku pegi sana payah beno nak cari tong sampah
Quote debab_78 11-5-2023 08:24 AM
Harap PBT dpt back charge semula kos pembersihan kepada pemilik tanah tu.. Sbb bersih tu dah guna dana awam...  
Quote rosedemon 11-5-2023 08:30 AM
kelantan mmg pengotor orag kelantan lagi la ajet2 kaya tp hmm
Quote KamikuP 11-5-2023 12:57 PM
Kelantanese yg duduk Shah Ale pengotor gak ke? Cerkabo.. ekekekek

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.064971 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top