CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kehilangan Aktivis Sosial Amri Che Mat Sejak 2016 Masih Misteri, Isteri Dakwa Polis Hanya Berdiam Diri

10-5-2023 04:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1712| Komen: 15

Kuala Lumpur: Keluarga kepada aktivis sosial Amri Che Mat yang hilang sejak 2016 berharap keputusan Mahkamah Tinggi di sini, semalam dapat memberi jawapan kepada misteri kehilangannya.

Semalam, Mahkamah Tinggi memerintahkan kerajaan Malaysia mendedahkan secara terhad Laporan Pasukan Petugas Khas berhubung kehilangan Amri.


Isterinya, Norhayati Mohd Ariffin ketika dihubungi hari ini berkata, keputusan Mahkamah Tinggi, semalam itu memang sesuatu yang amat dinantikan beliau selepas bertahun suaminya gagal dikesan dan ditemui.


Norhayati dan suami, Foto: Harian Metro

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, polis hanya berdiam diri dan tidak memberi sebarang perkembangan berhubung siasatan kehilangan suami saya.

"Justeru, saya berharap dengan keputusan mahkamah semalam dapat menjadi permulaan untuk saya dan keluarga mendapat jawapan kepada persoalan kami selama ini.


"Selama ini kita tidak mendapat jawapan yang kita harapkan...segala-galanya rahsia, maka kali ini kita berharap agar mendapat sedikit jawapan kepada segala persoalan," katanya.

Menurut Norhayati, beliau dan barisan peguam mewakilinya akan melakukan perbincangan lanjut mengenai langkah selanjutnya berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

"Keputusan baharu diterima semalam, dan saya sendiri pun tidak begitu faham dengan maklumat dan proses berkenaan.

"Saya akan tunggu maklumat daripada pihak peguam dan akan berbincang lanjut dengan mereka berhubung tindakan seterusnya," katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi dilaporkan memerintahkan kerajaan mendedahkan secara terhad Laporan Pasukan Petugas Khas berhubung kehilangan Amri.

Laporan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat kehilangan Amri dan Pastor Raymond Koh dikelaskan sebagai rahsia rasmi menerusi Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA)

Hakim Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh memerintahkan laporan itu dikeluarkan Setiausaha Bahagian Suruhanjaya Pasukan Polis merangkap Setiausaha Pasukan Petugas Khas kepada isteri Amri, Norhayati Mohd Ariffin dalam tempoh 30 hari daripada perintah itu.

Wan Ahmad Farid turut memerintahkan Norhayati dilarang mendedahkan laporan berkenaan kepada mana-mana orang awam kecuali peguamnya, Surendra Ananth, dan perintah sama terpakai kepada peguam terbabit.

Norhayati mendapat kebenaran mahkamah untuk memulakan prosiding semakan kehakiman pada 19 Julai lalu bagi mendapatkan pengisytiharan laporan Pasukan Petugas untuk menyiasat laporan dibuat Suhakam tidak termasuk dalam takrifan 'rahsia rasmi' di bawah Seksyen 2 OSA.

Beliau juga memohon perintah supaya kerajaan mendedahkan laporan itu dalam tempoh tujuh hari dari tarikh perintah.

Amri, 48, pengasas bersama persatuan kebajikan Perlis Hope, hilang sejak 24 November 2016.

Sebelum ini, isteri Koh, Susanna Koh dan Norhayati menggesa Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas, mengambil tindakan ke atas pihak yang terbabit dalam kes kehilangan suami mereka.

Norhayati dipetik berkata, ada saksi melihat lima kenderaan menghalang laluan kereta Amri sebelum dia dibawa pergi kira-kira 550 meter dari rumah mereka di Bukit Chabang, Perlis. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 11-5-2023 08:16 AM
dah meninggal la tu xyah nk bhrap dah
Quote noor2 11-5-2023 08:25 AM
Ni kes culik dulu kan???....jahatnya pembunuh dan siapa dalang pembunuhan ni
Quote Dalcott 11-5-2023 09:49 AM
smpi 2 org. tak nak tak leh tau
Quote slavehunter 11-5-2023 09:59 AM
Layak ler "dihilangkan" katanye busy memurtadkan orang.
Quote pearl.silver 11-5-2023 10:00 AM
Jd polis declare mati ke?
Klu tergantung sian la. Urusan harta xleh setel.
Quote dua_chzy 11-5-2023 10:06 AM
slavehunter replied at 11-5-2023 01:59 AM
Layak ler "dihilangkan" katanye busy memurtadkan orang.

Agama patutnya satu pilihan, bukan paksaan.

Tapi tu la. Tu lah.
Quote mejaputih 11-5-2023 10:08 AM
slavehunter replied at 11-5-2023 09:59 AM
Layak ler "dihilangkan" katanye busy memurtadkan orang.

oo itu ke alkisahnya...
Quote prince_marhaen 11-5-2023 10:42 AM
hardcore sangat sebar syiah, pastu nak jadi mubaligh kristen pulakkk kan... mengancam keamanan masyarakat lettuw.. tak hilang, dia hilangkan diri.
Quote JunkMail 11-5-2023 10:45 AM
Kekdahnyaaaa itu sebab musabab dihilangkan
Quote LoveSungmin 11-5-2023 10:48 AM
ohhh macam tu kisahnya
Quote emera 11-5-2023 10:57 AM
slavehunter replied at 11-5-2023 09:59 AM
Layak ler "dihilangkan" katanye busy memurtadkan orang.

Kisahnyeeee… elok ler hilang.
Quote slavehunter 11-5-2023 11:04 AM
mejaputih replied at 11-5-2023 10:08 AM
oo itu ke alkisahnya...

Yang ni memang sesuai dengan perumpamaan -buat kerja clean-.
Quote slavehunter 11-5-2023 11:04 AM
dua_chzy replied at 11-5-2023 10:06 AM
Agama patutnya satu pilihan, bukan paksaan.

Tapi tu la. Tu lah.

Maybe kena pergi overseas better.
Quote melekaifc 11-5-2023 11:49 AM
dia ni ada kaitan ke dengan pastor raymond koh dan pastor joshua hilmy?

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.136972 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top