Penderitaan bayi berusia sembilan bulan bernama Baby Naail mengalami kesan seperti lemah otot dan kepayahan bernafas akibat menghidap Spinal Muscular Athropy (SMA) Type cukup menyentuh hati rakyat Malaysia sejak pertengahan April lalu.
Selain tiga kali ditahan di Wad Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) kerana jangkitan paru-paru, kos ubatan Baby Naail melebihi RM40,000. Dia juga perlu menjalani rawatan suntikan Gene Therapy Zolgensma bernilai AS$2.1 juta (RM9.28 juta) untuk sekali seumur hidup sebagai ikhtiar menghentikan kemerosotan otot. Pemilik akaun Fouder Misi yang juga pengasas Misi Rakyat iaitu saudara Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi kemudiannya membuka tabung rasmi sebagai usaha mengumpul dana. Siapa sangka kurang sebulan ia dilancarkan, hari ini kutipan sudah pun melebihi sasaran RM9 juta.
Menangis lelaki itu kerana terlalu terharu dengan kebaikan hati rakyat Malaysia. Daripada sekecil-kecil derma RM1 sampai ke puluhan ribu ringgit, kejayaan tersebut cukup menjentik sanubari ramai. Dalam senarai penderma, dilihat nama Hafiz Mahamad mendermakan sebanyak RM100,000 melalui dua transaksi berbeza. Sumber: Kisah Dunia
|
dagusengett replied at 10-5-2023 09:01 PM
Siapa parents baby ni?
Tgk kat US ramai gak ada SMA type ni
Umur tak panjang selalunya
matjerk replied at 10-5-2023 07:25 PM
Jap baby ni anak adik fatah amin ke? Ada nampak adik dia post.. ingatkan tlg post utk kwn2...
kerani_je replied at 10-5-2023 09:26 PM
Adik perempuan fattah amin mak kpd baby Nail ni. Kn ada yg persoalkn knp fazura xde pun post pasal ...
kerani_je replied at 10-5-2023 06:53 PM
Si hafiz sumbang 100k
Ayunie so sumbang 50k
Bagus founder puak2 sek kito ni.
kerani_je replied at 10-5-2023 09:26 PM
Adik perempuan fattah amin mak kpd baby Nail ni. Kn ada yg persoalkn knp fazura xde pun post pasal ...
kerani_je replied at 10-5-2023 06:53 PM
Si hafiz sumbang 100k
Ayunie so sumbang 50k
Bagus founder puak2 sek kito ni.
ADVERTISEMENT