CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ada Orang Dalam Terlibat Upload Filem 'Bas Terakhir Malam Raya' Di Youtube, Floor88 Tanggung Rugi RM2.6 Juta

10-5-2023 04:13 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1511| Komen: 10

Floor88 buat laporan polis terhadap pemilik akaun YouTube Jari Hantu atas dakwaan memuat naik filem berjudul Bas Terakhir Malam Raya secara haram di platform berkenaan.

Eric Fuzi selaku pemain keyboard kumpulan itu berkata, syarikat mereka Floor88 Holdings selaku penerbit mengalami kerugian hampir RM2.6 juta susulan filem itu boleh ditonton secara percuma di saluran YouTube.


Setakat ini kata Eric, sebanyak 168,000 tontonan berjaya diraih di platform berkenaan sedangkan filem itu masih lagi ditayangkan secara eksklusif di saluran berbayar Astro First.

Foto: IG

"Kami buat laporan polis sebab filem ini masih lagi ditayangkan di Astro First. Banyak kami lihat berlaku kebocoran di saluran lain tapi yang satu ini ambil masa lama untuk diturunkan selepas aduan dibuat.

"Jadi kami mahu mengambil tindakan kerana perbuatan mengulang siar filem itu tanpa kebenaran telah menyebabkan kerugian besar di pihak kami," katanya kepada mStar.


Eric bersama dua lagi anggota Floor88 iaitu Ayie (vokalis) dan Shah (gitar) hadir di Balai Polis Travers, Kuala Lumpur pada Rabu bagi membuat laporan berkenaan.


Foto: mStar

Turut hadir adalah pengarah bersama iaitu Irwan Rauf dan wakil penerbit, Motion Studios serta Silentkaiju Studio.

Dalam pada itu, Eric berkata, anggaran kerugian itu dibuat berdasarkan jumlah tontonan di saluran YouTube berkenaan dan nilai RM15.90 yang sepatutnya dibayar oleh pelanggan Astro First.

Eric juga tidak menolak kemungkinan ada 'orang dalam' terlibat dalam kes tersebut memandangkan mereka telah melakukan semua prosedur kerja yang cukup teratur dalam mengelak kebocoran di platform lain.



"Salinan di YouTube berkenaan tidak terdapat logo Astro First. Jadi ada kemungkinan fail yang dimuat naik adalah salinan asal.

"Kami tak menolak kemungkinan ada orang dalam turut terlibat. Bagaimanapun kami enggan membuat tuduhan melulu. Biarlah pihak polis menjalankan siasatan.

Sementara itu, Ayie berkata, tindakan mereka membuat laporan polis bertujuan memberi pengajaran kepada pihak terlibat supaya tidak mengambil jalan mudah demi mengaut keuntungan.



Ayie turut berharap hukuman setimpal dapat diambil terhadap pihak terlibat.

"Kami sendiri terkesan dengan isu yang berlaku sebab filem ini melibatkan tiga produksi dan terpaksa mengalami kerugian.



"Saya harap si pelaku dapat balasan yang setimpal dengan perbuatannya," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 10-5-2023 09:22 PM
rupa heols makin kepam
Quote dudaberhias 10-5-2023 09:25 PM
macam2 ye problem kumpulan ni... kejap cafe tutup kena sihir... kejap orang upload secara haram kat youtube... lepas satu satu...

ada buat hal dengan orang ke...
hutang tak bayor ke...

hujung2 salah jin jugak kah... jin tu yang upload karya deorang kat youtube...

Quote LadyCarefree 10-5-2023 10:35 PM
Ya ya je rugi juta jita. YT tu sbb free org tekan view la. Tapi mcm iols tgk beberapa saat je xbest langsung.
Quote rosedemon 11-5-2023 08:29 AM
pdn muka buat filem duit tak berkat la tu
Quote doubleharmonic 11-5-2023 08:42 AM
dah nak abis raya dah pon
Quote prince_marhaen 11-5-2023 10:22 AM
band paling dramatik...... pengsan buat show lah, betina berebutkan vokalis lah, cafe kena sihir lah, filem kena hijack lah...pastu masing2 kemain makin kepam.. non-stop issue..
Quote ezacbee 11-5-2023 10:59 AM
Cite apa kos berjuta?

Baik tengok cite sofyank ada magik2
Quote cikuduku 11-5-2023 04:11 PM
dudaberhias replied at 10-5-2023 09:25 PM
macam2 ye problem kumpulan ni... kejap cafe tutup kena sihir... kejap orang upload secara haram kat  ...

dah cite dia pun kepam agaknya. org malaysia x sanggup keluar duit kot nak beli.
Quote cikuduku 11-5-2023 04:12 PM
prince_marhaen replied at 11-5-2023 10:22 AM
band paling dramatik...... pengsan buat show lah, betina berebutkan vokalis lah, cafe kena sihir lah ...

boleh tukar tajuk. filem terakhir malam raya.
Quote izat123 11-5-2023 05:00 PM
View banyak tu sebab free je. Kalau kena bayar takdenye banyak tu orang nak bayar. So tak boleh guna pakai argument jumlah kerugian berdasarkan jumlah tontonan Youtube * RM 15.90.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.044283 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top