CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sorokkan Penyakit Takut Tak Dapat Job- Majed Saleh Di ICU, Fungsi Jantung Tinggal 25 Peratus

10-5-2023 04:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 983| Komen: 1

Pengarah dan pelakon, Majed Saleh mengulas keadaan terkini penyakitnya menerusi kiriman video.

"Assalamualaikum semua. Kepada rakan-rakan artis, rakan-rakan TikTok dan semua kawan-kawan yang selama ini mengambil berat dan mendoakan kesihatan saya di hospital yang didapati mempunyai masalah jantung.


"Walaupun agak kritikal sakit saya, tetapi dengan rawatan yang ada, mungkinlah ada berkurangan terutama sesak nafas saya,'.

Majed yang sinonim dengan drama terbitan Skop Productions, kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Hospital Selayang akibat masalah lemah jantung sejak minggu lalu.

Foto: Harian Metro

Menurutnya, jantungnya masih tersumbat dan dijangka dalam tempoh dua bulan lagi akan dimasukkan bateri.

"Apa yang pentingnya, doa rakan-rakan banyak membantu saya, beri sokongan moral. Saya nak ucapkan terima kasih.

"Semoga Allah sahaja yang membalas jasa baik anda semua," katanya yang positif dirinya akan kembali sembuh seperti biasa.


Terdahulu, Majed dimasukkan ke hospital pada Jumaat lalu dan berada dalam keadaan kritikal apabila fungsi jantungnya tinggal 25 peratus sahaja.

Isterinya, Nur Shida Mohd Zikir, memaklumkan Majeed mulanya dimasukkan di Zon Merah sebelum dipindahkan ke Wad CCU.

"Sebelum ini, suami agak keberatan menghebahkan kepada rakan-rakan industri kerana bimbang tak dapat 'job' setiap kali dimasukkan ke hospital.

"Tapi saya minta dia hebohkan juga kerana bimbang ada masalah sekiranya dia pengsan di lokasi. Tambah lagi dia jenis kuat bekerja.

"Namun dia tak nak orang pandang dia macam orang sakit. Tapi akhirnya perkara ini perlu juga dimaklumkan kepada semua pihak," katanya kepada Harian Metro.

Nur Shida berkata, mereka masih menunggu pengesahan hospital untuk membuat pembedahan memasukkan alat perentak jantung.

"Menurut doktor, kaedah ini paling sesuai dan kurang risiko berbanding prosedur 'stent' atau pembedahan pintasan jantung yang sangat tinggi risiko.

"Kos pembedahan dianggarkan sebanyak RM50,000 dan akan dilakukan di Hospital Serdang memandangkan ada ramai pakar jantung.

"Apapun, saya masih menunggu pengesahan hospital berhubung prosedur yang bakal dijalankan itu," katanya.

Dalam perkembangan lain filem arahan Majed berjudul Syaitan Munafik terbitan United Nine Creative Sdn Bhd akan mula menemui penonton di pawagam pada Jun ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 11-5-2023 08:29 AM
asek sorok penyakit je aritu sape mati gak sorok pnyakit gak

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 08:33 PM GMT+8 , Processed in 0.056460 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top