Seorang wanita kantoi menipu suami kononnya pergi ke gim pada waktu malam, sebenarnya 'menggatal' di sebuah hotel. Suami yang curiga kemudian membawa anaknya untuk mengekori si isteri hingga ke sebuah hotel di Kendari, Indonesia, pada Jumaat lalu.
Ketika menerjah ke bilik hotel, lelaki berkenaan mendapati isterinya hanya berselimut. Menerusi video yang tular, si isteri didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang anggota polis. Ketika serbuan dilakukan si suami, anggota polis berkenaan berada di bilik mandi. Difahamkan, isterinya dan anggota polis tersebut bukan sahaja sering makan berdua bersama, malah menghantar mesej dengan kata-kata mesra. Kedua-dua mereka juga difahamkan merupakan rakan di sebuah organisasi dan di gim. Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT