CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Selalu Merungut Tak Ada Duit- Segala Benda Isteri Beli Sendiri, Hanya Dapat Nafkah Kurang RM100 Sebulan

10-5-2023 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1510| Komen: 12

Seorang wanita tanpa mendedahkan identiti berkongsikan perkara yang boleh dilakukannya berseorangan sehingga tidak memerlukan campur tangan suami dalam urusan harian.

"Sekadar nak berkongsi cerita untuk para isteri yang kecewa suami tak bagi duit raya. Saya dan suami dah bersama dekat tiga tahun. Suami hanya mampu provide makanan sahaja.


Gambar Hiasan

"Sewa rumah kami kongsi separuh-separuh. Komitmen saya, saya yang bayar guna duit sendiri. Satu sen tak minta suami. komitmen saya jauh lebih tinggi dari suami, Saya bayar yuran pengajian adik saya dan bil perubatan mak saya

"Suami? Nafkah kadang bagi, kadang tak, kalau dapat pun kurang dari RM100. Apa yang saya nak, semua saya beli dengan duit sendiri, jarang minta suami belikan.

"Suami tolong jaga kereta tapi duit penyelenggaraan semua daripada saya sebab kereta saya. Dia cuma tolong bawa pergi workshop macam tu," katanya.


Walaupun sudah menjadi seorang isteri yang 'pemurah' dalam rumah tangga, wanita itu mendakwa suaminya masih enggan bersyukur.

"Yang menyakitkan hati, suami selalu cakap saya kaya dan banyak duit. Dia selalu bising bila dia nak beli itu ini tak dapat sebab duit setiap bulan dah habis.

"Saya sebagai seorang isteri jarang minta duit atau bergantung pada pendapatan suami, saya tak faham kenapa suami tak boleh nak bersyukur dengan isteri yang tak meminta.

"Mulut dia asyik bising cakap miskin. Untuk aku, kalau kau nak miskin, kau miskinlah seorang diri. Ada satu tahap tu saya tengah 'moody' sebab datang bulan dan saya meletup.

"Saya cakap dekat dia, saya tak pernah minta satu sen pun untuk dapatkan apa yang saya nak. Baju raya? Duit sendiri, sebab saya tahu keadaan kewangan dia, lepas tu ada hati lagi nak melebih," ujarnya.

Wanita itu berpendapat jika suaminya menginginkan sesuatu, dia harus mengusahakannya sendiri.

"Saya 'sembur' dia dengan cakap kalau saya boleh beli sendiri kenapa dia tak boleh. Perempuan di luar sana, saya nasihatkan kalau nak harapkan duit suami, sila kahwin dengan orang kaya siap-siap.

"Kalau tak, kau jadi kebal je macam saya. Duit saya, duit saya, duit kau duit kaulah. Janji saya tak meminta. Saya duit tinggal RM5 pun tak minta suami, pandai-pandai la saya hidup," katanya bangga.

Wanita itu bagaimanapun dihujani dengan soalan daripada orang di sekelilingnya tentang mengapa dia memilih untuk berkahwin jika boleh hidup berseorangan.

"Saya sebenarnya kahwin sebab nak ada teman sehidup semati. Tapi itulah, kalau pemalas dan tak mampu tampung keluarga, sorry to say.

"Bila semua benda perempuan boleh buat seorang, suami jangan tertanya-tanya kalau lepas tu isteri dah tak minta tolong dan macam tak perlukan dia lagi," kata wanita itu.

Di ruangan komen rata-rata warga maya berbeza pendapat dengan pendekatan wanita itu.

"Salah satu perkara yang akan terjadi bila isteri terlalu berdikari dalam hubungan adalah rasa hormat terhadap suami akan hilang. Tak kisahlah dengan sengaja atau tidak.

"Berdasarkan lenggok bahasa yang awak gunakan ini, boleh nampak apa yang awak buat ni memang dah sengaja, ia tidak sihat untuk rumah tangga awak. Semoga dipermudahkan segalanya untuk awak.

"Tolong jangan bagi isteri jadi independent, nanti bila dia dah boleh buat semua sendiri, kemanisan dan seri dalam perkahwinan itu akan hilang. Suami kena selalu ada dengan isteri," kata warga maya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sufi^_^ 10-5-2023 04:02 PM
Betullah tu teman sehidup semati.

Sorang hidup, sorang mati.

Baru 3 tahun, nak hadap lagi berbelas puluh tahun rasa bitter & tak puas hati cam ni? Dah tu, suami tu kalau dah biasa tak bagi duit kat bini, tak denya tiba2 nanti dapat ilham nak berubah ye dikk.

Pulangkan saja ke mak bapaknya.
Quote isseliparjepun 10-5-2023 04:10 PM
Dari awal sebelum kahwin, tak tahu gaji suami tu berapa ke? Kesian pula hujung hujung belanja kena split. Baik tak perlu teman sehidup semati sebab you juga yang menjeruk rasa hati sendiri.

Lepas tu tak perlu la nak beri nasihat perempuan luar sana tu kahwin dengan orang kaya. Lain padang lain belalang. Kahwin orang kaya menjanjikan hati happy ke? Duit pun belum tentu berkepuk.
Quote lurve82 10-5-2023 04:22 PM
dh knp duit laki tu asik xcukup? gj kecik ke? main judi ke?
Quote krustykrab 10-5-2023 04:26 PM
Dah tu..kalau 100% boleh hidup tanpa suami..angkat kaki je lah...
Quote ninja boy 10-5-2023 04:52 PM
Edited by ninja boy at 10-5-2023 04:58 PM

Konsepnya gaji >5k baru layak kawen juga kena ada simpanan emergensi 1 tahun
Lakibini independent perlu juga, jika tidak maka semua tugas mak bapak dihumban kepada anak2 dihumban kepada atuk nenek
Quote capiloton 10-5-2023 06:27 PM
Edited by capiloton at 10-5-2023 06:46 PM



kalau miskin, gaji kecik,
lain kali tak payah kawen
tiap bulan gaji habis, bayar macam2 bil,
hutang keliling pinggang, makan bercatu,
sampai balance pun takde, tiap 5hb dah kering.
sedey

bini asek moody, hari2 gaduh pasal duit
laki pulok stress sampai mati pucok

so apa guna korang kawen? bikin serabut ajer  



Quote primarikey 10-5-2023 06:40 PM
Cerai je la kak
Memg stress klu dpt laki suka mengeluh, berkira, malas
Quote nono86 11-5-2023 03:38 AM
Lahai netizen, balik2 nak salahkan bini.. bodoh sungguh la..
Quote rosedemon 11-5-2023 08:15 AM
pmpuan bodoh g angkat kaki la
Quote rosa_canina 11-5-2023 08:47 AM
kalo sume benda buat /tanggung sendiri mybe lg baik hidup sendiri
lps ni akak fokus mak & adik2 akak ..msti akak rs lg aman damai hidup
takperlu stres pikir lain dh
Quote asudau 11-5-2023 09:22 AM
puaslah acik nak nasihat...

kepada anak-anak dara, sebelum kawin tu carilah jodoh T20 ke atas...

kalau cari yang M40, apatah lagi B40...sila la bersedia kemungkinan tak cukup nafkah zahir gitu..

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.259082 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top