CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kesian Atlet Sukan SEA Kita Dapat Makanan 'Terpaling Rahmah'

10-5-2023 03:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2466| Komen: 26

Atlet Malaysia yang kini mewakili negara di Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja didakwa diberi makanan kurang seimbang.

Timbalan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC), Haresh Deol menerusi ciapannya di Twitter pada Ahad membuat pendedahan itu berkata, turut memuat naik gambar memaparkan atlet kebangsaan hanya diberi makan nasi putih, sumber protein, betik dan tembikai.


"Dimaklumkan bahawa hidangan bungkus ini didakwa dihidangkan kepada atlet Malaysia yang berpangkalan di Hotel Himawari di Phnom Penh.

"Jelas sekali bukan diet seimbang. Harap Ketua Kontinjen (CDM) dimaklumkan, menyiasat dakwaan dan membangkitkan perkara ini kepada penganjur," katanya yang juga merupakan wartawan sukan dengan lebih 20 tahun pengalaman.



Dalam perkembangan terkini mengenai isu tersebut, Haresh memberitahu, pihak penganjur telah mengambil maklum akan perkara itu dan sudah menambah baik makanan dan perkhidmatan yang disediakan.


"Bagaimanapun, perkara ini akan dibangkitkan pada mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Kemboja yang akan datang," tegasnya.

Suasana sekitar majlis pembukaan Sukan SEA 2023 di Stadium Nasional Morodok Techo Phnom Penh yang berlangsung pada Sabtu.

Ciapan itu mendapat pelbagai reaksi warganet, antaranya pengguna akaun Twitter dengan nama Ahirulahirudin berkata bahawa hal seperti itu tidak seharusnya berlaku dan langsung tidak boleh diterima.

"Bukan hanya atlet, bahkan ini bukan diet yang baik untuk sesiapa pun. Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sediakan hidangan yang lebih baik daripada ini," ujarnya.

"Orang nak anjur sukan, mereka pun nak anjur. Pembukaan meriah, makanan macam ni saja," kata Kvi Hozumi. 


Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 10-5-2023 04:06 PM
masalah makanan halal ni barangkali
Quote hyie 10-5-2023 04:31 PM
boleh je bagi makanan vege sayur2 gitu
Quote ninja boy 10-5-2023 04:43 PM
Edited by ninja boy at 10-5-2023 07:54 PM

Malaysian biasa mkn penuh sepinggan ada ayam nasi sayur sayur minuman manis kuih mihun satay sarap minum petang snack malam amat terkejut hidangan biasa negara kurus hanya makan nasi sayur buah. Betik tembikai itu sgt lazat
Quote Samerosie 10-5-2023 05:33 PM
Rasanya masalah sumber makanan halal kat hotel ni rasanya.  Sumber protein tu apa dalam tu mcm hangus je.  Nak bagi sup pun mungkin sup pun non halal. Order out tak boleh ke ada je halal restaurent kat sana.
Quote rogayahtop 10-5-2023 08:24 PM
Zaman skrg ni senang sebenornya kalau ada effort. Paling senang retort je makanan awal2 dr malaysia. buah2, sayur tu boleh je beli fresh.
Quote TOPwind 10-5-2023 08:40 PM
Simunggu replied at 10-5-2023 04:06 PM
masalah makanan halal ni barangkali

boleh pesan grabfood kat Kg Baru
Quote LadyCarefree 10-5-2023 10:17 PM
Simunggu replied at 10-5-2023 03:06 PM
masalah makanan halal ni barangkali

Sana pun banyak restoran halal termasuk kepci. Ikan dan seafood pun halal serata dunia. Nowadays plant based meat pun berlambak.
Quote Meiizu 10-5-2023 10:22 PM
Bajet byk tercicir kot..byk tol komisen sampai kat tender makan tinggal sisa jw
Quote Decaffeinated 10-5-2023 10:32 PM
Nanti dorang jawab datang malaysia tak dapat makan babi yang lazat. Edisi balas dendam lah tu.

Quote Tunan 10-5-2023 10:42 PM
Meiizu replied at 10-5-2023 10:22 PM
Bajet byk tercicir kot..byk tol komisen sampai kat tender makan tinggal sisa jw

Tp duit diorg rendah kan.. patut mknn hotel takdala teruk sgt..
Quote harisbee 11-5-2023 05:58 AM
Mkn minum atlet kita sapa yg incharge? Mungkin budget dr KBS ciput...tu je mknn setaraf budget
Quote Suchi 11-5-2023 06:52 AM
Kemboja bukan ke ada ummah isle?
Tunggu raya haji laa bleh la makan daging lembu
Ramai org malaysia wat korban kat sana
Quote Tinot7 11-5-2023 07:08 AM
Sumber protein tu ikan goreng hanguih ka apa?
Quote Simunggu 11-5-2023 07:18 AM
LadyCarefree replied at 10-5-2023 10:17 PM
Sana pun banyak restoran halal termasuk kepci. Ikan dan seafood pun halal serata dunia. Nowadays p ...

takut bahan bahan memasak digunakan tak halal...
Quote kitaserupaaa 11-5-2023 07:22 AM
Pernah gi phnom penh 10 thn lepas. Kat situ ade je restoran halal jual masakan melayu / cambodia. Teringat masakan lembu naik bukit tapi aku makan kat siem reap. Ada jugak restoran mamak (tak sure halal ke tak) & india / pakistan. Cuma kat sana urus niaga kan guna usd, so harga makanan pun boleh tahan juga la kalau convert
Quote slyfynx 11-5-2023 07:55 AM
Ni semua salah Himawari.
Quote vanillaninja 11-5-2023 08:02 AM
Dah tau memang akan organize event, tak kan la tak reti buat preparation untuk makanan halal dari awal.
Quote KamikuP 11-5-2023 03:17 PM
Mcm tempe hangus je sumber protin tu meolls tengok
Quote Mooverine 11-5-2023 04:23 PM
banyak isu ya sukan sea kemboja ni

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.063826 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top