Rozita Che Wan menafikan dakwaan berhabis M10 juta untuk menghias kediaman baharunya. "Segala kelengkapan dan perabot sudah dibeli awal sebelum berpindah lagi. Saya tidaklah berbelanja banyak untuk rumah. Lagi pun, kami beli secara sedikit demi sedikit," katanya kepada Berita Harian.
Tahun lepas Che Ta dan keluarga meraikan lebaran di Kuala Lumpur, kali ini menyambutnya di kampung halaman Che Ta di Alor Setar, Kedah. "Selalunya kami sekeluarga raya di Kuala Lumpur. Kami pulang ke Alor Setar pada raya pertama. Saya sengaja pilih balik pada pagi raya pertama kerana tidak mahu menempuh kesesakan di lebuh raya. "Tahun ini seronok sikit kerana adik-beradik saya balik kampung kecuali Ayu Raudhah yang sedang sarat ketika itu."
Secara luaran kelihatan Rozita dan suami, Zain Saidin dianggap sebagai ibu bapa moden, namun pelakon yang terkenal dengan imej bulu mata palsu ini masih kukuh nilai tradisional dalam dirinya. Menurutnya dia menerapkan budaya balik kampung pada tiga cahaya matanya.
|
ADVERTISEMENT