Issey Fazlisham terharu dan terkejut apabila lagu Alololo nyanyiannya kembali tular di media sosial di Indonesia setelah empat tahun penghasilan. Issey berkata meskipun lagu tersebut mendapat sambutan hangat netizen namun dia belum terfikir untuk meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi sebaliknya fokus kepada bidang penerbitan.
“Terkejut juga sebab lagu itu dirakamkan pada tahun 2017 dan tujuan saya rakamkan lagu tu sekadar mahu dokumentasikan karya dalam industri, sekurangnya sepanjang berada dalam industri ada kenangan. “Setelah empat tahun ia tular kembali, terima kasih warga Tiktok Indonesia dan Singapura kerana jadikan ia tular, tapi kalau ikutkan untuk nyanyi secara live lagu tu memang tak boleh sebab lagu tu tinggi vokalnya jadi perlukan latihan.
|
ADVERTISEMENT