CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Masuk Akal! Wanita Tuntut Jurugambar Pulangkan Bayaran Foto Perkahwinan Lepas Cerai

10-5-2023 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 934| Komen: 4

Wanita Afrika Selatan menuntut jurugambar perkahwinannya membayar foto perkahwinan selepas empat tahun hari bahagianya dengan alasan sudah bercerai.

Dalam tangkap layar perbualan WhatsApp antara wanita dan jurugambar itu, wanita itu bertanyakan sama ada jurugambar itu mengingati dia pernah merakam gambar perkahwinannya di Durban, pada 2019.



Agensi

"Nah, saya sekarang sudah bercerai dan saya tak perlukan lagi gambar saya dan bekas suami.

"Anda sudah membuat kerja dengan baik tetapi sia-sia kerana kami kini bercerai.

"Saya mahukan semula bayaran yang sudah kami buat dulu kerana kami tidak perlukan lagi gambar ini," katanya.

Lance Romeo yang berkongsi tangkap layar perbualannya dengan wanita itu di Twitter, baru-baru ini berkata, pada mulanya dia menyangka wanita itu hanya bergurau.

"Saya akhirnya menyedari rupanya memang dia serius dengan permintaannya termasuk mahu mengupah peguam.


"Dia mahu saya pulangkan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada jumlah bayaran.

"Tetapi, saya terpaksa menolak permintaan luar biasa wanita itu kerana ia tidak masuk akal," katanya.

Perkongsian perbualan WhatsApp itu tular dan menjadi bualan hingga meraih lebih 38,000 tanda suka di Twitter.

Malah, bekas suami wanita berkenaan turut menghubungi jurugambar itu dan memohon maaf bagi pihak bekas isterinya.


Sumber: HArian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote friedfishsoup 10-5-2023 12:59 PM
Salah bod...
Quote MarryPottet 10-5-2023 03:33 PM
Tajuk yg sepatutnya: Takde akal! Wartawan kelas belakang tersendiri sesuka hati buka thread hasanah versi Africa di board gosip
Quote supernaturalee 10-5-2023 05:08 PM
MarryPottet replied at 10-5-2023 03:33 PM
Tajuk yg sepatutnya: Takde akal! Wartawan kelas belakang tersendiri sesuka hati buka thread hasanah  ...


Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.034712 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top