CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amelia Henderson Fail Rayuan Bayaran Ganti Rugi Lebih RM200,000 Kepada A. Aida

10-5-2023 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 623| Komen: 2

“Ya.. kita sudah failkan (rayuan)."

Demikian kata peguam pelakon Amelia Henderson kepada Kosmo berhubung keputusan Mahkamah Sesyen yang memerintahkannya membayar ganti rugi lebih RM200,000 kepada syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd. dalam isu pelanggaran kontrak sebuah drama tahun lalu.


Peguam Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakili Amelia menjelaskan, rayuan itu difailkan pada 18 April lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


IG

Dia bagaimanapun menegaskan, pihaknya tidak boleh mendedahkan secara terperinci alasan utama dalam rayuan itu sebaliknya hanya memaklumkan rayuan adalah terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah Sesyen Sivil sebelum ini.

Hakim Zulqarnain Hassan memutuskan pada 7 April memutuskan Amelia atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson, 28, membayar ganti rugi lebih RM200,000 terhadap syarikat produksi A.Aida Production Sdn. Bhd.


Keputusan itu dibuat selepas membenarkan tuntutan saman difailkan syarikat produksi berkenaan selaku plaintif terhadap saman dikemukakan kepada Amelia selaku defendan.

Justeru, Amelia diperintah membayar ganti rugi am selain faedah 5 peratus kepada plaintif yang kesemuanya berjumlah lebih RM200,000.

Terdahulu, Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan tindakan saman daripada A. Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

Bagaimanapun, A.Aida dan Idris Khan bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu. – CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 10-5-2023 12:44 PM
Ame ni kenkadang aku tgk cantikkkk ya Allah.. kenkadang tak cun..
Quote Nana_Man 10-5-2023 02:38 PM
Buritan: Ame ni kenkadang aku tgk canti ...

Gambar ni tak cun…

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.241044 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top