CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Kemurungan Kematian Isteri, Tembak Anak Di Kepala Sebelum Bunuh Diri

10-5-2023 12:18 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4299| Komen: 96

Tidak dapat menerima hakikat kematian isteri dan dua anaknya dalam tragedi gempa bumi Turkiye pada Februari lalu, seorang lelaki membunuh anak perempuannya berusia 12 tahun sebelum meragut nyawa sendiri.


Lapor Daily Mail, Ferit Dayan yang menembak Asya Irem Dayan di bahagian kepala dipercayai mengalami masalah kemurungan.


Newsflash

Ferit yang juga guru sains sekolah menengah dikatakan menerima kaunseling sejak bencana gempa bumi Turkiye meragut nyawa isterinya, Feray dan dua anaknya, Alperen dan Azra Beril.

Dilaporkan, Asya terselamat walaupun rumahnya yang terletak di Besni, Adiyaman runtuh dalam kejadian dua gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 skala Richter.

Dalam kejadian berlaku pada 27 April lalu, Asya sedang bermain di taman rumah baharu mereka, sebelum dipanggil bapanya lalu ditembak mati.

Difahamkan, Ferit kemudian menembak diri sendiri selepas membunuh anak perempuannya.


Jiran yang terdengar bunyi tembakan itu, segera menghubungi polis serta pasukan kecemasan dan paramedik.

Pada mulanya, gadis itu mengalami kecederaan parah dan dikejarkan ke hospital selepas diberi pertolongan cemas di tempat kejadian.

Asya dibawa ke Hospital Wilayah Besni dan kemudian dipindahkan ke Hospital Pendidikan dan Perubatan Adyaman.

“Malangnya, selepas terselamat daripada tragedi gempa bumi, Asya meninggal dunia di unit rawatan rapi (ICU) akibat kecederaan ditembak.

“Bapanya pula disahkan meninggal dunia di rumah dan mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Wilayah Besni,” jelas laporan.

Dilaporkan, kedua-dua individu itu dikebumikan secara bersebelahan di tanah perkuburan di kampung Tasliyazi.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 10-5-2023 12:23 PM
Adoi...dah selamat dari gempa dibunuh bapak pulak.
Quote sepiITUindah 10-5-2023 12:25 PM
badan besar...akal kecik
Quote dua_chzy 10-5-2023 12:27 PM
Boleh faham hapa bapak tu rasa. Ye la kalau dia tinggalkan budak tu hidup sensorang, sapa nak jaga? Kot dijaga keluarga lain pehtu abes dirogolnya budak tu jadik sex slave jadik maid didera fizikal didera emosi tak diberi pendidikan, etc, gimana?

Akak sebenarnya berharap hada sorga untuk orang yang mati bunuh diri.

Akak ada baca porumer bilang ada stad yang berpendapat mati bunuh diri tu mati dalam keadaan tak waras mentally unstable so masih hada harapan dapat pengampunan Allah?

Hape pon, jangan bunuh diri. Live life.
Quote Buritan 10-5-2023 12:42 PM
dua_chzy: Boleh faham hapa bapak tu rasa ...


Sian dia.. hidup dah tak best.. aku pernah mengalaminyaaa..
Quote edayildiz 10-5-2023 12:44 PM
adoi ptt syukur dah selamat tu..tp ok la bwk ank sekali..teringat cite turkiye yg i tgk..ferit korhan ada mental ilness.
Quote dua_chzy 10-5-2023 12:47 PM
Buritan replied at 10-5-2023 04:42 AM
Sian dia.. hidup dah tak best.. aku pernah mengalaminyaaa..

Kalau pikir tak best, memang tak best. Dah la hari2 dok ulang buat benda sama. Masa budak2 disuruh rajin blaja supaya boleh masuk U. Dah masuk disuruh blaja betul2 supaya boleh pass exam pointer tinggi tak kena tendang sebab gagal. Dah kerja lain pula cerita lagi2 bila dah kawin beranak pinak. Hidup macam kena terap2 guna acuan gitu2 je perjalanan hidup lebih kurang sama je suma worang sejak dulu sampai sekarang.


Pikir positip je la.....tu pun bukan senang.
Quote Buritan 10-5-2023 12:50 PM
dua_chzy replied at 10-5-2023 12:47 PM
Kalau pikir tak best, memang tak best. Dah la hari2 dok ulang buat benda sama. Masa budak2 disuruh ...

Yepp sgt sgt tepatt.. hidup ikut acuan.. tak ikut acuan habislaa ekau..
Quote zorrro_03 10-5-2023 01:00 PM
Buritan replied at 10-5-2023 12:42 PM
Sian dia.. hidup dah tak best.. aku pernah mengalaminyaaa..

kenapa? kau ada masalah apa?  kena kuat bro.
Quote Buritan 10-5-2023 01:22 PM
zorrro_03 replied at 10-5-2023 01:00 PM
kenapa? kau ada masalah apa?  kena kuat bro.

Tak Tau.. tetiba je takde semangat nak hidup.. aku rasa satu keje tuu aku terpksa perah tenaga utk dua Kali Ganda baru satu keje tu JD.. pdhl dulu aku buat kije tuu sekali je terus siap..

Dan baru aku fhm konsep mandi tak basah tu semua.. mkn tak kenyang.. lama jgk laa aku mengong
Quote missbigrockstar 10-5-2023 01:30 PM
Berate mata memandang, berat lagi bahu yg memikul
Quote dua_chzy 10-5-2023 01:32 PM
Buritan replied at 10-5-2023 04:50 AM
Yepp sgt sgt tepatt.. hidup ikut acuan.. tak ikut acuan habislaa ekau..

Aiol cuba lari dari acuan tapi tak jadik. Sekarang bosan je dok folo the crowd je. Taj folo kang kena kecam. Contoh, tanak beksin. Hadap je la.
Quote Buritan 10-5-2023 01:40 PM
dua_chzy replied at 10-5-2023 01:32 PM
Aiol cuba lari dari acuan tapi tak jadik. Sekarang bosan je dok folo the crowd je. Taj folo kang k ...

Kann .. sgt sgt bosan.. bila Kita memberontak Kita yg Salah balik..
Quote copy_paste 10-5-2023 04:17 PM
dua_chzy replied at 10-5-2023 12:27 PM
Boleh faham hapa bapak tu rasa. Ye la kalau dia tinggalkan budak tu hidup sensorang, sapa nak jaga?  ...

dulu ade ust ckp mati bunuh diri terus ke neraka x masuk syurga langsung,
tp skrg ade juga ustd kata masuk neraka sampai habis dosa pastu baru ke syurga,
Quote nw111 10-5-2023 04:24 PM
Allah.. sedihnya
Quote nw111 10-5-2023 04:27 PM
dua_chzy replied at 10-5-2023 12:27 PM
Boleh faham hapa bapak tu rasa. Ye la kalau dia tinggalkan budak tu hidup sensorang, sapa nak jaga?  ...

Betul kaka..org yg ada empathy akan paham kenapa jadi mcm ni...jgn kutuk2..tak tau akan dtg ujian kita mcmana
Quote nw111 10-5-2023 04:38 PM
copy_paste replied at 10-5-2023 04:17 PM
dulu ade ust ckp mati bunuh diri terus ke neraka x masuk syurga langsung,
tp skrg ade juga ustd ka ...

Kalau org yg ada mental illness  sampai tahap dah tak waras.. solat pun tak wajib rasanya...kalau dia bunuh diri harap2 Allah ampunkan dosa dia.
Quote imanjannah 10-5-2023 06:05 PM
Allah..
Quote Supersirap 10-5-2023 09:52 PM
Salam takziah
Quote Decaffeinated 10-5-2023 11:29 PM
dua_chzy replied at 10-5-2023 12:27 PM
Boleh faham hapa bapak tu rasa. Ye la kalau dia tinggalkan budak tu hidup sensorang, sapa nak jaga?  ...

I won't say I understand tapi aku tak terkejut dengan apa yang bapa ni buat.


Lihat semua komen(96)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 03:56 AM GMT+8 , Processed in 0.040915 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top