CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibawa Tinggal Di Di Stor Besi Buruk, Gadis Dilarikan Teman Lelaki Selama 11 Bulan Berjaya Diselamatkan

10-5-2023 12:16 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2515| Komen: 28

Petaling Jaya: Gadis berusia 17 tahun yang dilarikan teman lelakinya sejak 11 bulan lalu berjaya diselamatkan polis dalam serbuan di sebuah rumah di Banting.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, mangsa dipercayai tinggal bersama suspek di sebuah di stor besi buruk di sekitar Banting sejak dilarikan suspek pada Julai lalu.


Menurutnya, hasil maklumat risikan, polis berjaya mengesan dan menahan suspek di sebuah kampung di Banting sebelum berjaya menemui mangsa di sebuah kampung di daerah sama.


Gambar Hiasan

"Siasatan awal mendapati motif kejadian dipercayai suspek yang bercinta dengan mangsa sejak 2014 mengesyaki gadis itu mempunyai teman lelaki lain.

"Mangsa dipercayai memang mengikut suspek, namun kes disiasat mengikut Seksyen 52 Akta Kanak-kanak 2001 kerana mangsa (masih bawah umur kerana) berusia 17 tahun," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurutnya, hasil maklumat risikan, polis berjaya mengesan dan menahan suspek di sebuah kampung di sekitar Banting dan berjaya menemui mangsa di Jalan Bukit Perah, Kampung Olak Lempit, Banting

Katanya, sepanjang dilaporkan hilang, mangsa tidak pernah menghubungi keluarganya di Desa Mentari, di sini, dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti sekiranya berlaku perlakuan seksual.

"Mangsa ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan. Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai besi buruk tidak mempunyai rekod lampau," katanya.

Katanya, suspek direman dua hari sejak semalam untuk membantu siasatan yang turut dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 10-5-2023 12:18 PM
Nah porumer2.

17 tahun still considered underage ok.
Quote kaedahnya 10-5-2023 01:57 PM
bercinta sejak 2014, gila aa
Quote xy_daen 10-5-2023 02:03 PM
Lunyai tak?
Quote JunkMail 10-5-2023 02:11 PM
Lari sukarela
Quote supernaturalee 10-5-2023 02:15 PM
kaedahnya replied at 10-5-2023 01:57 PM
bercinta sejak 2014, gila aa

umur sekarang 17
bercinta since 2014 means that umur dia masa tu .....




Quote kucingitam 10-5-2023 02:16 PM
takkan bercinta dr umur 8 tahun?
Quote dekmieDandy 10-5-2023 02:22 PM
baru tahu 17 tahun kira bawah umur lagi

ingat ke 16 tahun
Quote kelapaparut 10-5-2023 02:24 PM
pekerja stor besi burok sajorkk pilihan anda, kalu nak jd bohsia kne cerdikk sket dikk, lenkali jd pnyondol ala mira ke ira ke terus dpt jerung bsr senang hidop ko
Quote syamzana 10-5-2023 02:29 PM

suspek umur brp ni? mesti dah groom bdk ni dari kecik lg, menonong je folo bf wpun duduk dlm stor .
tahap tu je taraf ko nakkk dlm stor
Quote sukacactus 10-5-2023 02:47 PM
Cinta j(agong) la konon
Ke lautan api sanggup direnangi
Lg 1, ye ke xde kecederaan
Cer cek elok2
Quote matchstick 10-5-2023 02:48 PM
Suspek umur berapa.. kalo lebih kurang sebaya kawenkan aje lah.
Quote Carcosa 10-5-2023 03:19 PM
Cemanaaaa lah tido nye haaa. Kalau setakat dkt stor besi buruk tu dek, jadi andartu sampai mampos pon, akak sanggup dek. 11 bulan boleh ek, kau sabar dgn jantan takde hasil tu? Kalau akak lah dek, walaupun dah bercinta drpd baby sekalipun, kalau bf akak bwk akak lari then tinggal dkt stor besi buruk, jgnkan 11 bulan, 11 saat pon akak dah terajang telo 2 bijik dia dek.
Quote copy_paste 10-5-2023 03:27 PM
kaedahnya replied at 10-5-2023 01:57 PM
bercinta sejak 2014, gila aa

umo budak tu 8 tahun,rasanya mcm ada kesilapan je tu
Quote copy_paste 10-5-2023 03:30 PM
Carcosa replied at 10-5-2023 03:19 PM
Cemanaaaa lah tido nye haaa. Kalau setakat dkt stor besi buruk tu dek, jadi andartu sampai mampos po ...

dengan panasnye lagi,boleh tahan ye dia,agaknye masa musim panas ni kurang la kot xtvt
Quote otai_g 10-5-2023 03:49 PM
Stor besi buruk. Ayah pa.. rumah flat abg lg selesa dik. At least ada kipas dinding
Quote rosedemon 11-5-2023 08:14 AM
pdn la muka ko cri bf misken buatpe dekkkk puih
Quote Sazreena 15-5-2023 12:11 PM
Gilalah grooming dr umur 8 tahun..ni dah 17 tahun mesti fefeeling cam hasben and wife en...kekonon dah kenal memasing luar dalam..gituh.
Quote vanillaninja 15-5-2023 01:06 PM
Desa Mentari tu bukan banyak foreigner ke?
Quote Tinot7 15-5-2023 06:33 PM
Saspek umo berapa? Takkan bebudak umo 8 tahun reti bercintan? Geli la..
Umo 17 tahun ni dilarikan ka rela lari sekali?

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.058555 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top