CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

21 Lagi Mayat Mangsa Pemujaan Di Hutan Shakahola Ditemukan

10-5-2023 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 376| Komen: 1

21 lagi mayat dari kubur di bandar Malindi yang disyaki dijadikan tempat aktiviti pemujaan ditemui pada Selasa.

Polis Kenya mengesahkan 133 mayat ditemukan sejak penemuan kubur besar itu di sebidang tanah di hutan Shakahola pada akhir April lalu.


Kebanyakan mangsa terdiri daripada kanak-kanak, lapor Xinhua.


PIHAK berkuasa melakukan penggalian di lokasi penemuan kubur besar berkenaan. FOTO Reuters

Pada April, polis menyerbu kawasan milik paderi dikenali Paul Nthenge selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Setiausaha Kabinet di Kementerian Dalam Negeri dan Pentadbiran Negara, Kithure Kindiki berkata, proses menggali kubur itu dibuat dengan berhati-hati untuk melindungi maruah dan privasi keluarga mangsa.

Beliau berkata, usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan dengan 65 orang diselamatkan dari belukar setakat ini, termasuk dua yang diselamatkan sebelum ini.


Presiden Kenya William Ruto menyifatkan insiden itu sebagai keganasan dan mengumumkan pembentukan sebuah suruhanjaya siasatan untuk menyiasat kejadian berkenaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 04:43 AM GMT+8 , Processed in 0.031066 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top