CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rindu, Tapi Saya Dah Tak Boleh Berlakon Macam Dulu - Anzalna

10-5-2023 12:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 386| Komen: 0

Biar pun rindu mendalam ingin kembali beraksi di hadapan kamera selepas dirinya dihujani dengan banyak tawaran daripada syarikat produksi, Anzalna Nasir tetap dengan prinsipnya memberi fokus kepada keluarga terlebih dahulu.


Ibu kepada dua cahaya mata ini terpaksa menangguhkan seketika hasratnya berikutan anak keduanya, Mohamad Emirhan baru berusia 11 bulan dan memerlukan perhatian sepenuhnya. 


IG

“Rezeki berlakon itu masih ada. Saya sendiri belum bersedia untuk kembali ke set penggambaran kerana ingin memberikan tumpuan terhadap keluarga. 

“Suami juga tiada halangan dan sentiasa memberi sokongan terhadap bidang lakonan yang saya ceburi,” katanya. 

Dia yang kini aktif dalam bidang perniagaan menjual tudung dan pakaian juga mahu menitikberatkan watak bersesuaian dengan imej dirinya yang sudah berhijab. 

“Saya sudah tidak boleh lagi berlakon macam dahulu, lebih-lebih lagi apabila sudah mempunyai anak. 


“Saya juga tidak boleh ambil episod yang panjang kerana sudah berkeluarga. Rindu hendak berlakon sebenarnya bila tengok televisyen dan lihat adik-beradik lain berlakon.

“Apapun saya tetap bersyukur kerana mungkin rezeki dalam bidang perniagaan pula,” katanya yang sentiasa berharap dirinya istiqamah dengan penampilan bertudung. 


IG

Anzalna mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamad Hanif Zaki pada 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Mohamad Eidress, 2, dan Mohamad Emirhan, 11 bulan.  

Dalam masa sama, anak kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Prof. Dr. Md. Nasir Ibrahim ini memberitahu dia bangga mempunyai seorang bapa yang begitu komited dengan kerja. 

Walaupun diasak daripada pelbagai penjuru ketika mahu melakukan banyak perubahan di agensi tersebut, Anzalna berkata, ayahnya tidak pernah serik atau mengaku kalah. 

Kongsinya, ayahnya adalah seorang individu yang sangat mementingkan keluarga dan sentiasa meminta pandangan daripada mereka anak-beranak.     

“Kami faham dia bukan orang industri berbanding anak-anaknya yang memang sudah berada dalam industri serta tahu selok-belok bidang ini.

“Tak pernah keluar daripada mulut dia cakap penat, tertekan ataupun mengeluh. Dia perlukan sokongan keluarga dan kami semua perlu bersatu menyokongnya. 

“Saya bangga dengan ayah walaupun ada yang cuba hendak jatuhkan dia. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada sesiapa yang sentiasa menyokong dirinya,” katanya.    


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 11:55 AM GMT+8 , Processed in 0.073698 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top