CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Termakan Pujukan Bomba Tak Jadi Bunuh Diri

10-5-2023 11:59 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 596| Komen: 6

Seorang lelaki dipercayai cuba membunuh diri di jejantas pejalan kaki di hadapan Ipoh Parade di sini, malam tadi berjaya dipujuk anggota bomba.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (JBPM) Perak, Mohamadul Ehsan Mohd Zain mengesahkan pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 11.38 malam tadi sebelum mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh ke lokasi.



Anggota bomba berjaya memujuk mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto JBPM Perak

Menurutnya, berdasarkan maklumat daripada pemanggil yang juga rakan lelaki berkenaan, mangsa berusia 33 tahun itu dipercayai mengalami tekanan perasaan dan cuba membunuh diri.

“Anggota bomba berjaya memujuk mangsa dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Operasi yang diketuai Ketua Operasi BBP Ipoh, Pegawai Bomba Kanan II Zakir Ramdan Mohamad tamat jam 12.17 pagi.



Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote supernaturalee 10-5-2023 12:05 PM
cpt2 la akta psl bunuh diri ni diubah spy x kena kan hukuman denda atau penjara
tp compulsory jumpa dr psikiatri atau kaunseling



Quote giyomi 10-5-2023 02:04 PM
supernaturalee replied at 10-5-2023 12:05 PM
cpt2 la akta psl bunuh diri ni diubah spy x kena kan hukuman denda atau penjara
tp compulsory jumpa  ...

setuju, seseorang tu bertindak di luar kotak fikiran bila ada masalh terpendam. penjara bukan  jalan penyelesai tuk masalah ni sebaliknya patut di rujuk ke pakar psikaltri. ni tak, dah lah masalah tak dapat selesai kena plak soal jawab macam2. try being in their shoe before judging and condeming them.
Quote PULANGKAN 10-5-2023 02:16 PM
sedara jauh Iols sorang, baru tahun lepas check in Tanjung Rambutan

sebab tekanan hidup jugak.

Iols doakan semua orang bertabah dan bersabar ya

Iols stress pun rasa tak tertanggung badan. darah naik turun naik turun. tak dapat bayang macam mana diorang ni hadapi hidup dengan sorok tekanan mental. kuat sungguh
Quote hyie 10-5-2023 02:21 PM
kalau seseorang tu dia let say beli rumah so ada buat loan rumah. Pastu dalam tempoh kontrak loan tu, tetiba dia jadi gila sampai masuk tg rambutan segala dan gila kekal. So loan dia tu otomatik terbatal tak uols? ala2 macam sama kes kalau orang tu mati. Penama dia buh nama dia sorang je.
Quote ifanonline 10-5-2023 02:21 PM
kadang2 zaman skrg ni, punca org bunuh diri adalah dari pengaruh sosial media, FB, IG, Tiktok, etc...

buang sosial media dr hidup anda...insyallah, aman damai jiwa yg lebih tenang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-1-2025 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.044872 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top