CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr Amalina Beri Ucapan Romantis Buat Suami Di Majlis Resepsi- Ada Yang Tak Senang, Dakwa Macam Orang Kristian

10-5-2023 10:38 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2800| Komen: 58

Baru-baru ini Dr. Amalina Bakri mencuri perhatian selepas tular videonya membuat majlis resepsi bersama suami dan anaknya.

Namun, momen indah tersebut turut menimbulkan rasa kurang senang terhadap seorang pengguna TikTok yang mengatakan majlis itu persis cara perkahwinan agama Kristian.


Foto: Tiktok

Isu  mula timbul selepas menyaksikan Dr. Amalina sedang memberikan ucapan romantis dan memuji kebaikan suaminya ketika majlis itu berlangsung.

Kurang senang dengan komen tersebut, salah seorang pengikut figura itu tampil membela dan menunjukkan perjalanan (flow) majlis berkenaan dari awal.



Dalam perkongsian tersebut, pemilik akaun @rrrhai menyatakan majlis resepsi tersebut telah dimulakan dengan alunan ayat suci Al-Quran dan doa.


Malah, pemilik akaun tersebut sempat berpesan kepada individu tersebut untuk berkata benda yang baik-baik.


“Majlis dimulakan dengan alunan ayat suci al quran, doa untuk keberkatan majlis meskipun ramai je jemputan non muslim dalam tu. Jom berkata-kata yang baik sahaja,” tulisnya.

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai respons yang rata-ratanya menyindir semula individu terbabit. -CARI

Sumber: XTRA


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 10-5-2023 10:45 AM
Yg menyindir tu kau dah kawin ke belum?  Duduk dalam gua ke?  ke nak kawin cara arqam.  Nanti bila kau kawin kau buat la kawin ala2 fadang fasir tu buat ok.  Lepas lafaz, suruh laki kau angkat kau macam angkat guni kentang tu bawa lari naik unta.
Quote dua_chzy 10-5-2023 10:46 AM
Pernah pi gereja ke pon pakar2 perkahwinan Kristian ini?
Quote beautifulorchid 10-5-2023 10:46 AM
asyik nak complen jee.. semua tak kene
Quote Thunderclouds 10-5-2023 10:53 AM
Ala..kalo dh dengki tuuu..serba serbi xkena lah.
So pathetic.
Get a life.
Quote cmf_premierleag 10-5-2023 11:01 AM
Netizen bangang...dia spm 17A jd surgeon bagai lagi..kau ada? Spm kau berapa A dik? Skang keje apa? Ke menganggur je tggu laki bagi kau duit? Dah berapa byk jasa kau tolong org dlm bab2 perubatan ni????
Quote doubleA 10-5-2023 11:04 AM
Biar la dia nak bagi ucapan appreciation kt laki dia time resepsi tu pun takda masalah pun
Quote otai_g 10-5-2023 11:08 AM
Apo bondo la netizen ni. Demi secebis content kekdahnya
Quote kucingitam 10-5-2023 11:12 AM
sakit ati bener kamu ya netijen..sakit ati tak dapat laki omputih dan hidup senang lenang ke tu?
Quote juruterra 10-5-2023 11:16 AM
dengki betul netizen semua bende jd issue
Quote krustykrab 10-5-2023 11:20 AM
Mesti dzai tu dengki sb tk dpt baiki keturunan
Quote sufi^_^ 10-5-2023 11:29 AM
Kot pak imam kata you may kiss the bride barulah boleh gelabah, netizen oiii.
Ni setakat ucapan penghargaan gitu apa masalahnya.
Quote sufi^_^ 10-5-2023 11:30 AM
Cuma part I would like to make a toast tu, minum air sirap ke gamaknya?
Quote fizamn 10-5-2023 11:40 AM
byk dah org buat mcm nie... mcm ucapan hari jadi tq mummy tq daddy tq wifey/hubby bla bla.. let they enjoy their moment...
Quote plywood 10-5-2023 11:44 AM
beautifulorchid replied at 10-5-2023 10:46 AM
asyik nak complen jee.. semua tak kene






Quote ina_na 10-5-2023 12:22 PM
Ala zmn skrg ni kan mmg kawin parent, pasangan bg ucapan..Aku biasa lantak kan je...sbb sibuk makan je..nsb baik duk meja tetamu biasa jd sampai2 leh makan..Kalo meja tetamu vvip jenuh la menunggu semua bg ucapan br blh makan..hehehe
Quote Suchi 10-5-2023 12:24 PM
Iols tak paham knp netizen malaysia bitter sangat ngn dia nih?
Gasak jelaa dia, aritu pun ada yg komen sindir konon nnt ramai la yg beranak dulu baru kawen n sanding. Ala2 orang barat katanya.
Ngarut tul bkn ke bersepah2 pengantin PKP yg duk sanding sambil dukung anak?
Dia ni pun menikah masa covid gak dulu, yg penting ada gambo akad nikahnya laa.

Setahu iols ramai je dah org melayu skrg buat ucapan camtu kat majlis resepsi.
Majlis resepsi je kot bukan buat ucapan dlm gereja yg nak disamakan dgn ummah kristian tu.
Quote ninnakarinna 10-5-2023 12:27 PM
Eleh.. Ko bersanding renjis2 tu takde plak nak ckp mcm Hindu. Podahhh.

Jelesss kannnn.... Hahahaha
Quote menjad 10-5-2023 12:27 PM
semua serba salah dan serba tak kena. orang tuh dah beranak pinak dah pun. dah bernikah secara sah. n jugak dikaitkan dengan kristian bagai.
Quote Suchi 10-5-2023 12:27 PM
Edited by Suchi at 10-5-2023 12:29 PM
fizamn replied at 10-5-2023 11:40 AM
byk dah org buat mcm nie... mcm ucapan hari jadi tq mummy tq daddy tq wifey/hubby bla bla.. let they ...


Betul tu ramai dah yg buat, abis tak nak tegur lak yg buat mejelis umum gender baby bagai tu?
Kalau nak ikutkan byk je yg org melayu tiru omputeh kawen cth goodies bag,buffet, dessert table, pengapit ramai2 baju sedondon, potong kek 18 tingkat, pakai baju putih dll.

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.130887 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top