Seorang doktor didakwa memanjat perut ibu hamil dan menarik kepala bayinya keluar semasa bersalin. Kejadian berlaku di Hospital das Clinicas da UFMG yang terletak di kawasan kejiranan Santa Efigenia, Belo Horizonte, Brazil.
Daily Mail melaporkan, ibu bayi tersebut, Ranielly yang risau dengan tekanan darah tingginya, hadir ke hospital pada usia kandungannya mencecah 28 minggu. Susulan itu doktor memaksanya untuk bersalin tujuh hari kemudian. Ketika proses kelahiran, pakar obstetrik meminta bapa kepada bayi tersebut untuk memerhatikan prosedur kelahiran isterinya dengan teliti. Difahamkan, bayi tersebut masih hidup dan sihat kerana mulut bergerak dan matanya berkedip ketika itu. Bagaimanapun doktor naik ke atas perut wanita mengandung itu untuk cuba menarik bayi keluar sehingga kepala bayi tersebut terputus.
Lebih tragik, pihak hospital didakwa memaksa keluarga mangsa menandatangani dokumen dengan tujuan untuk menyembunyikan insiden traumatik tersebut. Walau bagaimanapun, selepas membuat laporan polis, pihak hospital membuat permohonan maaf kepada keluarga mangsa serta menanggung segala perbelanjaan bagi pengebumian bayi tersebut. -CARI
|
ladybugz replied at 11-5-2023 01:46 PM
biasa kes bahu baby stuck di tulang ibu. ya Allah ngeri nya. my friend pun mmg nurse siap panjat ata ...
rosa_canina replied at 10-5-2023 01:15 PM
apa masalah ko doktor oii
adoii kemurungan aku baca
ADVERTISEMENT