Sampai sekarang isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar masih mendiamkan diri tanpa memberi sebarang kenyataan selepas berkahwin di Thailand. Malah Ira sudah tidak aktif di mana-mana akaun media sosial, tak nak mengeruhkan lagi keadaan agaknya.
Namun sebuah hantaran yang dimuat naik oleh kakaknya, Yasmin Kazar di IG story baru-baru ini berjaya menarik perhatian ramai. Kata Yasmi dia tidak menyangka masakan sotong tumis adiknya begitu sedap untuk dijamah. “Tak sangka sedapnya Ira Kazar masak,” tulisnya.
Susulan itu ramai yang membuat spekulasi Ira diam je sebab belajar masak dan jaga hati serta perut suami kesayangan. Walaupun Ira menyepi tak mengapa, adik-beradik tolong 'up' perkembangan terkini.
Terubat juga hati bagi sesiapa yang rindu Ira tak gitu? Terdahulu, mahkamah telah membenarkan pelakon Puteri Sarah memulakan prosiding menghina mahkamah terhadap madunya, Ira Kazar, kakaknya, Yasmin dan bapanya, Kazaruddin Saisi. Difahamkan juga, tindakan tersebut diambil susulan keluarga Ira kazar telah melanggar perintah injuksi yang dikeluarkan pada Julai, tahun lalu.
Perintah injuksi dilakukan berhubung dengan tuntutan saman yang difailkan oleh Puteri Sarah terhadap Ira Kazar yang telah menganggu ketenteraman rumah tangganya. Disebabkan itulah, Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin tidak boleh mendekati atau berada dalam jarak 500 meter daripada Puteri Sarah, keluarganya dan keluarga mentuanya, suaminya atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengannya.
Namun begitu, Ira Kazar telah melanggar perintah berkenaan kerana pergi ke luar negara untuk bernikah bersama pengarah kontroversi, Syamsul Yusof sebelum kes saman selesai. -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|