CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cristiano Ronaldo Buat Hal Lagi, Tolak Pegawai Pasukan Lawan Yang Nak Bergambar Dengannya

10-5-2023 09:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 538| Komen: 5

RIYADH:Cristiano Ronaldo tak pernah sepi dengan kontroversi biarpun sudah membawa diri jauh ke Arab Saudi.

Baru-baru ini dia bertindak menolak pegawai pasukan lawan yang mahu bergambar dengannya ketika Al Nassr diikat 1-1 oleh Al-Khaleej pada saingan Liga Pro Saudi.


Sejurus tamat perlawanan, bintang Al Nassr itu menjadi tumpuan pemain dan pegawai lawan, dan Ronaldo memberi jersinya kepada salah seorang pemain Al-Khaleej.

Foto: IG

Bagaimanapun dia mula hilang sabar dan menolak salah seorang pegawai pasukan lawan yang mahu berswafoto dengannya.

Ia adalah hari yang mengecewakan buat Ronaldo, dengan keputusan seri menjejaskan harapan Al-Nassr untuk memenangi Liga Pro Saudi.

Fabio Martins meletakkan Al-Khaleej di depan pada minit keempat sebelum Alvaro Gonzalez menyamakan kedudukan 13 minit kemudian.

Al-Nassr akan berkunjung ke laman Al-Ta’ee pada 16 Mei ini dengan saingan liga berbaki empat perlawanan sebelum musim 2022-23 berakhir.




Sejak perpindahan ke Al-Nassr, Ronaldo sudah menja­ringkan 12 gol dalam 13 aksi liga, bagaimanapun timbul spekulasi mengatakan pemenang lima kali Ballon d’Or itu akan mening­galkan kelab berkenaan.

Media Sepanyol melaporkan, Florentino Perez memberi jaminan Ronaldo akan memainkan peranan di Santiago Bernabeu, tetapi bukan sebagai pemain.

Menurut Presiden Real Mad­rid itu, era Ronaldo sebagai pemain sudah berakhir tetapi dia akan ditawarkan tugas sebagai duta kelab gergasi Sepanyol itu.
Ronaldo adalah legenda di Real Madrid, menjaringkan 451 gol dalam 438 penampilan bersama kelab itu.

Sekiranya bintang Portugal itu terus kekal di Arab Saudi, dia berkemungkinan bertemu kembali seteru tradisinya di La Liga, Lionel Messi yang dilaporkan akan berpindah dari Paris Saint-Germain ke Al-Hilal. – CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 10-5-2023 09:36 AM
whatever it is, tetap berduit dan menjadi demand.
Quote Thunderclouds 10-5-2023 09:44 AM
Dia tadak obligation sepanjang masa nk melayan demand selfie org.
Padan muka.
Quote _blackbird 10-5-2023 11:40 AM
tgh berlemoih mcm tu opkos la ronaldo taknak selpi, not his best ahhgituhhh
Quote duri_durians 10-5-2023 12:26 PM
elok dia layan opponent, minta baju pun bagi..
yg pegawai sibuk datang nk selfie tu kenapa. siap peluk2 lagi.
memang padan la muka awak..
Quote rosedemon 11-5-2023 08:12 AM
sebok je dtg nk bgambar ko knp nyah

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.034471 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top