CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Upah Pembunuh Untuk Tamatkan Riwayat 3 Anak, Tamak Nak Bolot Harta Pusaka Seorang Diri

10-5-2023 09:18 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 957| Komen: 6

SIBERIA – Seorang wanita Russia dituduh mengupah pembunuh upahan untuk menamatkan riwayat tiga anaknya bagi membelot harta pusaka keluarga.

Metro UK melaporkan, polis di bandar kedua terbesar di Siberia, Krasnoyarsk, menahan wanita berusia 67 tahun itu minggu lalu dengan rakaman dikongsikan Kementerian Dalam Negeri di aplikasi Telegram menunjukkan suspek diberkas di luar rumahnya.



Foto: Metro UK

“Adakah anda tahu mengapa anda ditahan?” soal salah seorang anggota polis ketika menggari suspek.

“Tidak,” kata suspek.

Menurut laporan, wanita berkenaan telah mengarahkan pembunuhan seorang anak lelaki dan dua anak perempuannya supaya dia boleh menjadi satu-satunya penama yang boleh mewarisi harta pusaka keluarga tersebut.

Suspek juga dikatakan berkongsi rancangan jahatnya itu dengan seorang rakan yang membantu dia mencari seorang pembunuh upahan.


Pembunuh upahan tersebut diupah dengan bayaran 80,000 ruble (RM4,574) untuk menyelesaikan misi itu.

Beberapa gambar yang dikongsikan jabatan polis turut menunjukkan timbunan wang tunai yang dikatakan dikeluarkan dari bank oleh suspek untuk membuat pembayaran.

“Polis menerima maklumat bahawa seorang penduduk dari wilayan tengah, dilahirkan pada 1956 dan berhasrat menjadi pemilik tunggal harta pusaka, telah mengarahkan pembunuhan seorang anak lelaki dan dua anak perempuannya,” kata Kementerian Dalam Negeri Krasnoyarsk. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote primarikey 10-5-2023 09:32 AM
Tamak halola org tua ni
Patut mereput dlm penjara je
Quote matbad 10-5-2023 01:17 PM
Xsempat jd waris,beliau pn wiappp
Quote copy_paste 10-5-2023 03:59 PM
dah 67 kot, nk duit byk2 buat ape, ape guna duit byk tapi anak2 xde
Quote intan244 10-5-2023 08:18 PM
byk sgt ke harta pusaka tu.
mak dr neraka, putuskan je hubungan biar meninggal sorg2x
Quote rosedemon 11-5-2023 08:11 AM
hahaha tua nk mmpos xsdr diri. ni la penangan duit

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.077783 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top