CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Sukar Untuk Melakonkan Babak Ketika Saya Marah, Sakit Tetapi Dia Berjaya,"Anwar Ibrahim Puji Lakonan Farid Kamil

10-5-2023 08:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 538| Komen: 3

Datuk Seri Anwar Ibrahim memuji lakonan yang dibawakan oleh Farid Kamil dalam filem Anwar: The Untold Story.

Filem tersebut diadaptasikan daripada kisah benar yang diinspirasikan daripada perjalanan karier Anwar sebagai ahli politik dari tahun 1993 sehingga 1998.



Foto: XTRA

“Sukar saya nak nilai tapi penampilannya, gayanya segala payahnya untuk menjadi saya walaupun dia lebih kacak daripada saya. Yang itu saya kurang setuju.

“Tapi dari segi lakonan sangat baik. Mungkin sukar untuk melakonkan babak ketika saya marah, sakit. Tetapi dia berjaya melakonnya dengan baik sekali,” ulasnya.




Terdapat sebuah babak dalam filem tersebut dimana Anwar (Farid Kamil) menyanyikan lagu Azizah kepada isterinya iaitu Datin Seri Wan Azizah yang dilakonkan oleh Acha Septriasa.

Perdana Menteri sempat bergurau dengan mengatakan bahawa nyanyiannya adalah lebih baik dari Farid.


Bercerita lebih lanjut tentang lagu Azizah yang menjadi kegemaran Anwar, beliau berkata bahawa dia meminati lagu tersebut sebelum berjumpa isterinya lagi.

“Memang saya dah hafal lagu tu sebelum saya jumpa Azizah. Tapi bila lama-lama tu memang betullah saya dipertemukan dengan Azizah,” jelas Anwar lagi.

Anwar ditemui bersama isteri tercinta serta barisan pelakon dan produksi sempena Malam Tayangan Perdana Filem Anwar: The Untold Story yang bertempat di Pavillion, Bukit Bintang.

Filem ini diteraju oleh pelakon utama Farid Kamil, Acha Septriasa, Hasnul Rahmat dan ramai lagi serta bakal ditayangkan pada 18 Mei 2023 di pawagam seluruh Malaysia. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 10-5-2023 09:05 AM
Pandai PMX berjenaka kan cuolls.. cuolss terhibur tak?
Quote ketupatnasi 10-5-2023 09:54 AM
terhibur juga dengan lelucon beliau

heols muda lagi ensem dari parit hokeh, plus tade kawah bulan
crush zaman sekolah dulu ketika heols cuma 'Encik Anwar Ibrahim'.

hakikatnya, super duper junior aku ramai yang kena tarik scholar abam punya penangan tau. dak2 UM dgn UIA kalau pasal protest ni memang nombor wahid. Dah la berjiran. Koserr!! Time tu jugak la bas SJ tak nak masuk dalam, melekit ketiak menapak
Quote rosedemon 11-5-2023 08:20 AM
xyah nak fake la pmx. ko sndiri rasa filem ni mmg sendu dan haprak kan

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 08:43 AM GMT+8 , Processed in 0.129245 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top