CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu ‘Buang’ Anak Di Hospital 2 Kali

9-5-2023 11:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 643| Komen: 7|Original author: Tatod

Johor Bahru – Seorang ibu sangup bertindak ‘membuang’ zuriat yang lahirkan apabila meninggalkan bayinya di Hospital Sultanah Aminah, di sini, 17 Mac lalu.

Perbuatan keji itu dilakukan wanita berusia 27 tahun kali kedua meskipun belum genap setahun melahirkan anak sendiri pertengahan tahun lalu.


Menurut Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata, tanpa berfikir panjang, wanita warga tempatan itu menghilangkan diri selepas meninggalkan bayi lelakinya diberi nama Dharwin.

Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 'dibuang' ibu kandungnya selepas wanita itu menghilangkan diri pada 17 Mac lalu.

Ujarnya, mengikut maklumat, wanita berkenaan bertindak meninggalkan bayi itu di wad A4 hospital terbabit.


“Wanita itu pernah melakukan perbuatan sama apabila meninggalkan bayi lelaki yang dinamakan sebagai Damian di hospital selepas dilahirkan pada pertengahan tahun lalu.

“Akibat perbuatannya, masa depan Damian menjadi tanda tanya dan kini adiknya ditimpa nasib sama.

“Ibu mereka gagal tampil membincangkan masa depan kedua-duanya sehingga kini,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Adnan berkata, Dharwin kini dibawah jagaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sehingga JKM mengurus permohonan sijil kelahiran manakala Damian berada di bawah jagaan JKM selama tiga bulan dan kini di bawah jagaan orang layak serta sesuai.

Menurutnya, pihaknya berharap wanita berkenaan dikenali sebagai M Yugesshini yang berasal dari Negeri Sembilan atau warisnya tampil membincangkan masa depan dua-dua bayi berkenaan.

“Perbuatan wanita itu menimbulkan kesulitan bagi permohonan sijil kelahiran selain dikhuatiri boleh menjejaskan masa depan dua beradik itu.

“Orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan ibu kandung atau waris bayi itu diminta menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-2232606, 07-2232607 atau 0111-7535394,” katanya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Themilo 10-5-2023 07:32 AM
amboi.. patutnya hospital tangkap pompuan tu masa nak bersalin, lepas bersalin, ikat terus peranakan dia, supaya tak membiak lagi.
Quote krustykrab 10-5-2023 07:35 AM
Kalau x bg nama pompuan tu, mesti org ingat melayu. Damian dharwin hmmmm
Quote c===8 10-5-2023 08:21 AM
mesti yugesshini biasa tgk drama melayu time magrib
Quote ezacbee 10-5-2023 08:25 AM
Tunggu beranak kali ke 3.. siap2 ikat dia kat katil..
Quote emera 10-5-2023 08:32 AM
c===8 replied at 10-5-2023 08:21 AM
mesti yugesshini biasa tgk drama melayu time magrib

Mandulkan je pompuan sebegini. Buat anak je pandai. Mesti x menikoh ni.
Quote Knowlee 10-5-2023 08:34 AM
Dah la buang anak, beranak lagi pulak tu. Patut dibuang je rahim dia terus.
Quote noor2 10-5-2023 08:38 AM
Moga puki dia berulat dan x boleh digunakan lagi..

Sb nk seronok mengeseks je tapi x bertanggung jawab

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.087513 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top