Tidak kisah dihujani kecaman, pasangan Da’i Syed tetap selamba berkongsi video menari bersama isterinya, Hana Ismail. Melihat ruang komen, ramai makin meluat melihat ulah kedua-duanya.
Dalam satu video di TikTok, seorang individu tampil menyekolahkan seorang pendakwah bebas kerana memaparkan perkara yang tidak sepatutnya kepada umum walaupun sudah bergelar suami isteri. Katanya, memaparkan video romantis bukan budaya Islam, apatah lagi menjatuhkan maruah sendiri sebagai seorang yang membawa watak islamik. Individu itu turut melabel lelaki bergelar suami sebagai dayus kerana rela membiarkan isteri melakukan maksiat dan tidak menegurnya. Walaupun tidak memetik mana-mana nama dalam hantarannya tersebut, orang ramai dapat menebak siapa dimaksudkan individu terbabit. Dalam hantaran lain, dia menegaskan perbezaan lelaki yang belajar agama dan faham agama. "Bila orang cakap 'I nak suami I ustaz, Da'i, hafaz Quran sebab mereka ada agama. "Lelaki belajar agama itu bersepah. Yang faham dan amalkan satu dalam sejuta," ujarnya. - CARI
|
ADVERTISEMENT