CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ziyad Kempunan Emas Lagi

9-5-2023 11:00 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 945| Komen: 9|Original author: Tatod

Phnom Penh: Atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sekali lagi terlepas peluang meraih pingat emas apabila mengakhiri saingan acara lontar peluru lelaki di tempat ketiga di Sukan SEA Kemboja, hari ini.


Pada aksi yang berlangsung di Stadium Morodok Techo itu, Ziyad melakukan lontaran sejauh 17.20 meter (m) namun belum mampu menewaskan pesaing terdekat dari Thailand Jakkapat Noisri dan Thanh Binh Phan yang mewakili Vietnam.

Jakkapat membawa pulang emas selepas melakukan lontaran sejauh 17.84m manakala Binh Phan pula memenangi perak (17.33m).

Ziyad berjaya meraih gangsa selepas melakukan lontaran sejauh 17.20 meter. 

Menurut atlet berusia 33 tahun itu, dia sememangnya menyimpan hasrat membawa pulang emas untuk negara pada edisi kali ini sekali gus memperbaiki rekod memenangi gangsa pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lalu.


"Saya salahkan diri sendiri kerana teknik tidak berapa betul menyebabkan terlepas peluang merangkul emas untuk negara.

"Namun, pada masa sama saya bersyukur dapat mengekalkan pingat gangsa sekali gus membuktikan atlet paralimpik juga mampu mencipta kejayaan di sukan Sea," katanya.

Sebagai rekod, pada penampilan pertamanya di Sukan SEA 2017 menyaksikan Ziyad membawa pulang perak sebelum merangkul gangsa ketika beraksi di Manila, Filipina pada 2019.

Pada edisi di Hanoi, Vietnam, tahun lalu Ziyad turut membawa pulang gangsa sekali gus menyaksikan dia sudah merangkul empat pingat sepanjang penyertaan di Sukan SEA.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 10-5-2023 02:37 PM
tahniah Ziyad
Quote laksmanabentan 10-5-2023 02:51 PM
okay la tuh
Quote supernaturalee 10-5-2023 03:07 PM
tahniah ziyad

zee-yad
atau zai-yad


Quote SembangKari 10-5-2023 03:54 PM
Ok lah Ziyad. Awak masuk kategori normal. kalau OKU awak emas da tu
Quote Supersirap 10-5-2023 10:03 PM
Tahniah diucapkan
Quote DARSITA 11-5-2023 03:00 AM

pretasi negara setakat ini cantik sikit dari negara Myamar ~
Quote Highflyer19 11-5-2023 08:32 AM
Hannah patut bangga kita dah mendahului timur leste dgn 21 emas…
Quote Decaffeinated 11-5-2023 10:58 AM
SembangKari replied at 10-5-2023 03:54 PM
Ok lah Ziyad. Awak masuk kategori normal. kalau OKU awak emas da tu

Kalau kategori OKU, dia world record holder

At the 2016 Paralympic Games, he again represented Malaysia and won the gold medal in the shot put event, setting a new world record.




Quote Decaffeinated 11-5-2023 11:10 AM
Highflyer19 replied at 11-5-2023 08:32 AM
Hannah patut bangga kita dah mendahului timur leste dgn 21 emas…

Setakat semalam bangsa dia sahaja menyumbang 7 emas. Keling yang ko sering kutuk tu pun menyumbang 5 emas.
Belajar2lah berterima kasih pada kaum pendatang ni.


Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 11:18 AM GMT+8 , Processed in 0.185874 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top