CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Uwais Terakhir Beri Persetujuan, Shuib Mungkin Terus Menduda Kalau Anak-Anak Tak Restu Kahwin Watie

9-5-2023 10:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4594| Komen: 66|Original author: Tatod

Pelawak dan penyampai radio Suria FM iaitu Shuib menjelaskan persetujuan anak-anak adalah restu paling penting sebelum dia membuat keputusan mendirikan rumah tangga dengan Watie Hanifiah pada Jun ini.


Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, berkata, setiap proses yang dilalui sepanjang perkenalan dengan usahawan itu adalah untuk memastikan keempat-empat anaknya faham akan kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka kelak.

"Walaupun anak-anak masih kecil, mereka cepat menjadi dewasa dengan keadaan yang dilalui sebelum ini.


"Apa yang saya nak buat sekali pun saya akan berbincang dengan anak-anak. Paling penting adalah Uwais sebab dia paling sulung dan mula faham tentangpelbagai perkara.

"Uwais adalah orang terakhir saya tunggu untuk dia beri persetujuan (berkahwin)," katanya kepada mStar.

Shuib ditemui di majlis rumah terbuka syarikat pengurusannya iaitu Indigital yang berlangsung di Bandar pada malam Selasa.


Pada Sabtu lalu, Shuib dan Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, selamat melangsungkan pertunangan dan bakal disatukan sebagai suami isteri pada 23 Jun ini.

Mengulas mengenai kecaman netizen berhubung keputusannya berkahwin selepas dua tahun pemergian isterinya iaitu Siti Sarah Raisuddin, Shuib menjelaskan Allahyarham sentiasa berada ditempat paling istimewa di dalam hidupnya.

Malah kata Shuib, Watie juga mengetahui tentang hakikat tersebut dan dia mengambil keputusan menamatkan zaman duda untuk anak-anaknya.

"Sarah ada ditempat paling istimewa dalam hidup saya... Watie pun tahu perkara itu.

"Kalau orang nak kecam saya, kena berbalik kepada niat untuk berkahwin. Saya buat ini untuk anak-anak, kalau ikutkan saya lebih senang membujang sahaja.

"Saya ada tanggungjawab yang cukup besar malah arwah juga mahu saya membesarkan anak-anak kami dengan baik," ujarnya.

Menerusi perkahwinan dengan Siti Sarah pada 2011, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6 dan Ayash Affan, 2 tahun.

Siti Sarah bagaimanapun meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 9-5-2023 10:07 PM
So kena hadap berita pasal soeb ni sampai kiamat ke?

Quote menjad 9-5-2023 10:07 PM
Sudah2 lah tu ebbbbb citer benda lain lah pulak... Muntahhhhh
Quote Shayang 9-5-2023 10:08 PM
Cemana jadi wati plak? Kenapa bukan Fati?
Quote asfaz 9-5-2023 10:12 PM
Mula dah... Dr belum tunang,dah bertunang,watitek syukorrr dah bertunang,pak mentua masuk minang,baju anak sendat,yg ni restu anak pulak

Btw soebbbb..kau kan ckap kalau dah lama tak jumpa watitek takut nikah nanti kau terkam. Haaa lebih kurang gitewww la forumer sebelah cerita. Dlm radio lagi.
Quote red_velvet 9-5-2023 10:18 PM
Tak habis2 stetmen kawin lain sebab anak2.. kononnya kalau ikutkan diri tu lebih selesa membujang je sampai matik.. yiih.. tahik.. kalau pikir anak2 ko pilih janda jual nasi lemak tepi jalaN je eb... Bukan pompuan bernasik lemak Rm10  kiri kanan tu.. btw nurtizen tak heran pun ko nak kawen lain, tapi jgn wat statement acah2 suci murni boleh tak....macam la nurtizen taktau ko nak kawin sebab apa
Quote graxier06 9-5-2023 10:22 PM
dia ni smpi ke sudah smua org berkait dengan dia nk di tunggang nya. Ari tu arwah Sarah ni plak anak dia plak. I akan trus suspect mamat ni akan terus menunggang nama org even dh kawin nnti.
Quote Kangkung1M 9-5-2023 11:08 PM
JunkMail replied at 9-5-2023 10:07 AM
So kena hadap berita pasal soeb ni sampai kiamat ke?

Yelah, mestilah. Soeb kan duda terhangat kat Malaysia ni.

[ig]https://www.instagram.com/reel/Cr-VstMpPU3/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==[/ig]
Quote mawardia 9-5-2023 11:13 PM
"Saya buat ini untuk anak-anak, kalau ikutkan saya lebih senang membujang sahaja."
PODAHHHHHHHHHH
Membongak je kau eb!
Quote ninnakarinna 9-5-2023 11:23 PM
Nekad jugak si wati ni ya.. Dia patut tau yg dia akan jadi yg ke3 di hati ib. Bayangan arwah akan sentiasa ikut dia.

Apa2 pun ib akan dahulukan anak2 barulah dia.

Silap2 no4, kena lepas greenlight ayah arwah dulu. Huhu.

Harap ib dpt jadi ketua rumahtangga yg baik. Jgn biar org lain susun atur rumahtangga. Mak ayah tolong jgn masuk campur masa buat apa2 decision making.
Quote slyfynx 9-5-2023 11:38 PM
Eh, gi jela kawin pun.
X sape halang, x sape kisah, x sape dengki.
Rimas la aku
Quote dudaberhias 9-5-2023 11:48 PM
eee motip nak tunggu persetujuan bagai... kalau ko kahwin dengan sajat pun confirm la budak2 tu setuju jugak... asalkan ko tak lupa diri... malah sajat tu entah2 boleh jadi bapak yang lagi baik dari kau gittew...

Quote sayangkid 10-5-2023 12:11 AM
red_velvet replied at 9-5-2023 10:18 PM
Tak habis2 stetmen kawin lain sebab anak2.. kononnya kalau ikutkan diri tu lebih selesa membujang je ...

I komen kat ig official live terus kena kecam. Tak kesah la ko nak kawen ke apa. Stop using nama anak2. Kalo betul utk anak2 kawen la gadis2 kampung janda yg baik2 lemah lembut. Menyampah dgn dia bajet2 dr dulu. Sebenarnya dia yg merenyam. Dr tak menyampah terus menyampah pulak.
Quote sayangkid 10-5-2023 12:13 AM
ninnakarinna replied at 9-5-2023 11:23 PM
Nekad jugak si wati ni ya.. Dia patut tau yg dia akan jadi yg ke3 di hati ib. Bayangan arwah akan se ...

Kesian i dgn watie. Belum kawen tak nampak lagi. Mcm skrg ni pon banyak sgt itu ini.
Quote zuriey 10-5-2023 12:16 AM
Bakal masuk list couple kepams
Quote rayna_raynes 10-5-2023 12:24 AM
Panjangnya nama betul si wati
Quote Orenn1 10-5-2023 12:26 AM
zuriey replied at 9-5-2023 04:16 PM
Bakal masuk list couple kepams

Ko couple apa? couple pariah pakej tok laki pijak kepala opsss lol kohkohkohh booo booooo boooooo
Quote doubleA 10-5-2023 12:30 AM
Sehari lepas soeb ni tunang iols terbuka suria fm pagi2 dgr dia tanya soalan “berapa kali awak tunang”, pendengar tu jwb “sekali”, terus iols tukar channel, memang dia ni annoying sungguh topik radio tu pasal hidup ko saja ke setannnn

Ko nak kawen ke berguling dgn watek tu no one cares, annoying sungguh
Quote awenda507 10-5-2023 01:44 AM
Kawen jela eb. Toksah la nk kait2 dgn anak la arwah bini la mertua laa..bosan mcm2 alasan
Quote anony-mous 10-5-2023 01:59 AM
Skrg ni i rasa i suka watie tu lg compare soeb ni. Ye lah tu kahwin sbb ank2. Xkn la ko xkisah pasal ko. Sbb tu pilih yg besor kan? Watie ni i suka sbb diam je buat hal sdri tunjuk tetek x ada la annoying mcm shelup2. Tgk dia sggup jaga 4 ketul terus, ok la kot

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.058360 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top