CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hospital Bahagia Sahkan Saya Tiada Masalah Kesihatan Mental - Hafidz Roshdi

9-5-2023 07:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4434| Komen: 83|Original author: Tatod

Pelakon Hafidz Roshdi, 29, mengesahkan kesihatan mentalnya berada dalam keadaan baik dan sudah disahkan oleh Hospital Bahagia, Tanjung Rambutan, Perak.

Hafidz berkata, dia sudah menjalankan pemeriksaan kesihatan mental di hospital dan didapati tidak mempunyai masalah.


"Alhamdulillah, saya sudah mendapatkan rawatan di Hospital Bahagia sebelum Aidilfitri lalu dan keputusannya, tahap kesihatan mental saya dalam keadaan baik.


"Tiada apa-apa isu mengenainya selepas saya menjalani pemeriksaan satu kali sahaja," katanya kepada BH Online.

Hafidz yang kelihatan susut juga berkongsi mengenai berat badannya turun lima kilogram (kg) namun, tidak mengalami sebarang masalah kesihatan.

"Saya diet pada Ramadan lalu, jadi turun berat badan daripada 70 kg kepada 65 kg. Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya baik," katanya yang ditemui di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, bagi sebutan pengesahan lafaz cerai Hafidz terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, pagi tadi.


Sementara itu, Hafidz berkata, dia ingin terus fokus membina kerjaya dan kehidupan baharu atas galakan serta sokongan moral daripada keluarga, rakan dan peminat.

"Saya tidak mahu lagi pandang ke belakang. Saya mohon anda semua memberikan peluang kepada saya. Pandang dan lihatlah saya sebagai anak, abang atau adik.

"Saya mohon anda untuk memberi kata-kata yang dapat membantu saya dalam hidup dan maju ke hadapan. Saya harap, episod hitam dapat ditutup dalam lembaran sejarah.

"Saya minta janganlah membuat pernyataan berbentuk fitnah kepada saya ataupun kata-kata cacian. Kerana itu bukanlah cara dapat membantu saya.

"Tentu sekali anda tidak mahu anak, abang atau adik berada di dalam situasi sebegini," katanya.


Tambah Hafidz, dia dan keluarga sudah memberikan arahan kepada peguamnya untuk memulakan tindakan undang-undang terhadap individu yang mengeluarkan kata berbentuk fitnah kepadanya dan keluarga.

"Saya tidak mahu masyarakat terus berada dalam kemelut rumah tangga saya dan membuat andaian dan fitnah kepada saya serta keluarga, hanya berdasarkan kenyataan atau berita yang tidak sahih.

"Apa yang anda dengar, belum tentu berita yang benar. Dan dalam isu ini, saya serahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan sebaik dan seadilnya.

"Saya percaya, jodoh, pertemuan, ajal dan maut, semuanya di tangan Tuhan. Kita hanya merancang, Allah SWT adalah sebaik-baik perancang.

"Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang pastinya daripada kelemahan diri saya sendiri," katanya.

Pagi tadi adalah prosiding bagi sebutan pengesahan lafaz cerai Hafidz terhadap isterinya, Nurul Shuhada.

Bagaimanapun, Mahkamah Rendah Syariah, di sini, menetapkan 20 Jun sebagai tarikh baharu untuk prosiding seterusnya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 9-5-2023 08:20 PM
Sian anak anak.. semuanya sbb Salah kote dgn bijik jahat.. tak Tau duk diam.. yg merana anak anak
Quote doubleA 9-5-2023 08:32 PM
Bukan sakit mental pula, tapi anger management issue? Ke bini ko yg mental? Tapi tengok dia ni bercakap dlm video kat mahkamah tu macam lembam je, ada beza ye sopan atau lembam
Quote caprut 9-5-2023 08:35 PM
Rasanya dia dah start mkn ubat psy
Quote Suchi 9-5-2023 08:42 PM
Edited by Suchi at 9-5-2023 08:46 PM

Dulu dia juga nganjing netizen tetiba skrg dh lain plak.
Netizen tak dibenarkan mengecam bagai silap skit sampai la surat loyer ye dak.

Tak perlu berlagak mangsa la pizz oii, walopun skrg ni acik2 ni duk bebel kat janda ko tapi tu tak bermakna acik2 tu sokong perbuatan ko ngn skandal ko tu.
Perbuatan ko mendebik janda ko tu pun takdanya org setuju.
analis awal acik2 porem mengesyaki kedua2nya  pun weng
Quote epal_putih 9-5-2023 08:43 PM
Tumbuk bini dlm keadaan sedarla??
Quote bulanbulat 9-5-2023 08:44 PM
Kalau abang i pukul bini i nak sumbat dia dlm penjara.
Quote cahaya_almas 9-5-2023 08:45 PM
Pukul bini tk ada apa2 tindakan ke?
Quote _blackbird 9-5-2023 08:47 PM
Entah siapa yg salah... ku tak tahu
Quote doubleA 9-5-2023 08:51 PM
Tapi banyak je tindakan dia ni mcm org sakit mental, antaranya minta derma konon sukarelawan tapi masuk akaun sendiri, celah mana dia join NGO atau tolong org lain pun tak reveal kt ig pula, tapi tak malu minta crowdfunding masuk akaun sendiri, sah sewel
Quote innocent_me 9-5-2023 08:51 PM
So masa kau debik muka shue tu kau waras lah ye hapis??????
Quote hanihan16 9-5-2023 09:38 PM
sebenonya dah kawen dgn pompuan tu ke belum nih?
Quote swimswim 9-5-2023 09:43 PM
Kalau x sakit jiwa, maksudnya perangai sebenarnya mmg asalnya begitu.
Gosh, didn't know which is worse
Quote eyansss 9-5-2023 09:48 PM
habis tu kebabian apakah betina babi ko cakap dia terima ko sebab kesiankan mental ko?  dan kebabian butoh hang apakah ko cakap mental ko hanya ok bila kawen dengan betina babi ko tu…
Quote dudaberhias 9-5-2023 09:50 PM
so heols hempuk dan smackdown bini tu dalam keadaan waras lah kan? lagi lah dahsyat kalau gitu... si parit tu kurang2 hempuk polis time tengah kacip dek flakka bak kata calon girlfriend heols si bandi amuk...

kalau gitu ko punya keadaan waras pun nak debik bini... elok la sumbat je kau ke dalam sel sama dengan si bainun tu... biar bainun tu pulak hempuk kau dan siram kau pakai air coway panas...

Quote NurAlia14 9-5-2023 10:26 PM
dudaberhias replied at 9-5-2023 09:50 PM
so heols hempuk dan smackdown bini tu dalam keadaan waras lah kan? lagi lah dahsyat kalau gitu... si ...

Hahahha aku xtau la ape jadik kalau satu sel dgn bainun hahaah
Quote Fazzbulous 9-5-2023 10:30 PM
dudaberhias replied at 9-5-2023 09:50 PM
so heols hempuk dan smackdown bini tu dalam keadaan waras lah kan? lagi lah dahsyat kalau gitu... si ...

klu dah disahkan mental ok...siap sedia la dia pnya kes pkul si shu..muahahahahaaha..xleh guna la mental kad nk lepaskn dri..
Quote Incanto 9-5-2023 10:35 PM
kalau mental ok maknanya dia boleh di bicarakan sbb tumbuk ex bini

bila kes tumbuk nak mula?

Quote penmerah 9-5-2023 10:38 PM
Adakah ko menghentak bini time waras?
Wahhh Kalo gitu mendapatlah ko
Quote ninnakarinna 9-5-2023 11:14 PM
Kot ye pun marah jgn la aim muka. Berparut muka dia hari2 pandang cermin teringat apa ko buat kat dia. Muka kot. Aduhh

Lihat semua komen(83)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.048097 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top