CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beg Plastik Diharamkan Sepenuhnya 2025

9-5-2023 01:23 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2480| Komen: 68|Original author: Tatod

Klang: Kerajaan mensasarkan tiada lagi penggunaan beg plastik di semua premis dan sektor perniagaan di seluruh negara pada tahun 2025.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata setakat ini, pelaksanaan dibuat secara berfasa dari premis tetap sebelum beralih secara berperingkat kepada premis perniagaan termasuk warung atau peniaga gerai tepi jalan.


Gambar hiasan.

"Cuma cara pelaksanaan dan (kadar caj yang dikenakan serta kekerapan serahan kutipan) kita sudah berikan ruang pada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana mereka (kerajaan negeri dan PBT) ada konteks tersendiri.

"Pendekatan kita bukan hanya denda (jika peniaga masih membekalkan beg plastik pada 2025) sebaliknya, ada insentif dalam menggalakkan peralihan berkenaan.

"Perincian mengenainya akan diumumkan dari semasa ke semasa," katanya pada sidang selepas melancarkan beg kitar semula Madani dan kempen tanpa beg plastik di Wisma 99 Speed Mart di sini, hari ini.


Turut hadir adalah Pengarah Urusan 99 Speed Mart Sdn Bhd, Lee Thiam Wah.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi berkata, empat negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Johor, dan Negeri Sembilan adalah negeri yang ke hadapan dalam pelaksanaan kempen bebas beg plastik.

Katanya, kempen ini adalah satu daripada pelan jangka panjang kerajaan dalam menangani isu pencemaran sisa plastik sekali guna di Malaysia.

"Sampah plastik adalah satu masalah besar di negara ini malah Malaysia berada di antara 10 negara dunia yang berdepan masalah sampah plastik tidak terurus.

"Berdasarkan laporan World Wildlife Fund (WWF), anggaran penggunaan bungkusan plastik makanan sahaja di Malaysia mencecah 148,000 metrik tan, bagi tahun 2020.

"Ini bukan satu rekod yang harus dibanggakan," katanya.


Sumber: Harian Metro









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepiITUindah 9-5-2023 01:30 PM
bagus untuk kelantan
Quote Dwdrum 9-5-2023 01:39 PM
Bebas plastic bag ini bukan akan settle kan problem hanya kaya kan bussiness owner... Main problem product packaging masih guna kan plastic...
Quote Decaffeinated 9-5-2023 01:41 PM
Ban beg plastik tapi ko ban plastik tak?

Hipokrit sungguh. Cuma bagi peluang supermarket caj 20 sen satu beg, cam siyal ja.

Quote krustykrab 9-5-2023 01:50 PM
Dah tu nnt nk beli goreng pisang, ikan ,udang, sayur, ko nk suruh pembeli usung taperware ke?

Nk buang sampah kena pakai beg apa pulak samdol? Kena guna beg kertas jgk ke? Lps tu berterabur sampah atas jalan.

Beg plastik ko haramkn, tp rokok vape ko halalkn.
Quote blastoff 9-5-2023 01:54 PM
krustykrab replied at 9-5-2023 01:50 PM
Dah tu nnt nk beli goreng pisang, ikan ,udang, sayur, ko nk suruh pembeli usung taperware ke?

Nk bu ...

bag kertas dibuat dari material yg asal dari pokok....

so dogoi laaaa muka bumi dah pembalakan jadi hyperaktif dek kerana permintaan material kertas jadi mencanak2

lepaih tu muka bumi jadi panaih laa dah habih di tumbangkan pokok2

riuh mcm org gilaaa lah plakkk panaih2.

bangang pemimpin2 last last semua tanggung bahana nyaaa lah

Quote syamzana 9-5-2023 01:55 PM
iols ok jah bag plastik diharamkan mng selama ni pun i usung reusable bag kemana-mana.
tapi plastik utk sampah, packaging blablaba tu caner plak? agak2 nak haramkan tu cuba fikir solution at least utk plastik sampah ok dah dulu
Quote plywood 9-5-2023 01:58 PM
kau ban tapi tak bagi alternative. bagilah dulu alternative, buat kempen bila dah ok skit barulah boleh ban..  tak fikir panjang menteri ni. asyik nak ban jer kapala dia
Quote krustykrab 9-5-2023 02:01 PM
blastoff replied at 9-5-2023 01:54 PM
bag kertas dibuat dari material yg asal dari pokok....

so dogoi laaaa muka bumi dah pembalakan j ...

Hmmmm...so acaner nih...plastik x blh, kertas pun x blh.
Caner nk buang sampah, nk beli nasi grg, nk beli ikan segala
Harap piji raja formula ada formula baru utk atasi masalah sejagat ni
Quote krustykrab 9-5-2023 02:03 PM
syamzana replied at 9-5-2023 01:55 PM
iols ok jah bag plastik diharamkan mng selama ni pun i usung reusable bag kemana-mana.
tapi plastik ...

Chuols kalau pi pasar basah, pasar tani mmg bwk taperware ke utk isi brg² belian tu?
Kalau beli mi goreng ke Pisang grg ke mmg bawak bekas dr rumah sesiap ke? If tiber nk beli tp tk de bekas, caner?

Byk pulak soalan aku ni
Quote krustykrab 9-5-2023 02:05 PM
Dah bertahun aku jimat duit tk beli plastik sampah sb reuse plastik bag kedai je..ni lepas ni naik pulak perbelanjaan rumah sb tak pasal² nk kena beli plastik sampah la pulah...dajeiiii sungguh..ni la kot yg org kata dajei nk turun tu.
Quote bunnyj3lly 9-5-2023 02:13 PM
Paper balut mee goreng tu pun salut plastik.. bukan boleh recycle pun. Bekas bamboo, corn semua tu mahal namati sebab masih niche. Paper, barang2 recycle beberapa persen pun sebenarnya makan lagi banyak tenaga untuk diproses ke barangan baru dan sumbang pada greenhouse gases. Kadang-kadang I rasa macam all these green/sustainable efforts macam superficial in the sense...

Build a building to last or build a building with eco bricks which will last for 10-20 years and have some greenies (pokok-pokok bodo je sebenarnya).
Quote Perwira2022 9-5-2023 02:14 PM
Taktik PH mengkayakan towkey towkey DAP.... 1 hari kutipan caj beg plastik cecah juta RM.... Semua tu Cina DAP pulun
Quote syamzana 9-5-2023 02:21 PM
krustykrab replied at 9-5-2023 02:03 PM
Chuols kalau pi pasar basah, pasar tani mmg bwk taperware ke utk isi brg² belian tu?
Kalau beli m ...

iols dulu kat penang mmg dah terbiasa beli brg2 bsh kat pasar tu depa balut ngan kertas (putih/coklat) pastu iols boh dlm reusable bag pasar iols. pastu pastikan basuh terus ye bag tu, kalau tak bau ya ampunnnnnn
goreng pisang/kepok2/karipap/goreng2 la semua depa boh dlm paperbag coklat tu
tapiiiii tak semua tempat la ada je masih guna plastik.
pastu smpah rumah pun weols kene asingkan kalau dak kene saman rm500 (org kutip smpah akan inform mbsp). hari sabtu adalah utk smpah recycle, hari ahad utk smpah pokok2/hasil tanaman, wkdays domestic waste. ramai ye kene saman sejak tu mmg berhati-hati la.
start 2011 slowly implement...then 2015 kot start saman2 dikeluarkan.
cumanya kalau kat kg2 tu boh la tong 3/4 jenis pun sakan jugak depa humban segalanya sekali

bila iols pindah kajang, agak pelik bila sampah2 domestik/recycle disekalikan (kat umah i tmpt lain tatau) sbb bilik sampah weols ada satu tong smpah beso je humban sume situ. ada la tmpt recycle tapi  mcm bersih sunyi sepi je takde org guna. bila tnya jiran2 mmg depa humbam je sekali.
Quote krustykrab 9-5-2023 02:30 PM
syamzana replied at 9-5-2023 02:21 PM
iols dulu kat penang mmg dah terbiasa beli brg2 bsh kat pasar tu depa balut ngan kertas (putih/cok ...

Ohhh.mcm tu kat penang ye. Teruk gak sampaikn brg basah balut dgn kertas je, pastu bg recycle tu mesti menitik² gak air tu?
Mmg guna kertas je la kan kt penang tu...abis gondol la pulak hutan bak kata blastoff.
Quote Farnor 9-5-2023 02:34 PM
Terpksa beli plastik bnyk2 ni plastik samph ni.
Quote green~tea 9-5-2023 02:35 PM
Aku tak setuju gomen ban plastic ni.. bodoh apa 50 tahun ++++ industry plastik ni bawa income kpd Malaysia

Yang ko kena tackle isu pengurusan sampah tu.. bukan ko ban ke hulu hilir

Jepun takde ban pun plastic... tp dia galakkan rakyat ans educate rakyat...
Quote Kitty_catz 9-5-2023 02:37 PM
ehh kat jepun tu helok je deme guna plastic sana sini, jgn salahkan plastic but mindset kita

jadikan recycling tu part of daily laifff gitu
Quote syamzana 9-5-2023 02:46 PM
krustykrab replied at 9-5-2023 02:30 PM
Ohhh.mcm tu kat penang ye. Teruk gak sampaikn brg basah balut dgn kertas je, pastu bg recycle tu m ...

kiki...abam blast ade sokmo tak kene.
sbb tu la kene fikir alternatif lain gak selain ban ban ban tp solution takdak. kertas pun sumber makin terhad
sebut perihal smpah ni baru 2 hari lepas iols tgk berita tigasuku tmpt pembuangan sampah kat kelantan teruk giler melimpah. dah la tepinya laluan ke kampung org
Quote kemaruk 9-5-2023 02:53 PM
Apa bende la KERAjaan ni.. fokus pada benda yang salah

Lihat semua komen(68)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 03:26 AM GMT+8 , Processed in 0.036467 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top