CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Subsidi Untuk Rawatan Keguguran Rambut

9-5-2023 11:06 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 284| Komen: 1|Original author: Tatod

Seoul: Semakin banyak pihak berkuasa tempatan (PBT) di Korea Selatan memberikan subsidi untuk rawatan golongan muda yang mengalami masalah keguguran rambut.

Terbaharu, Pejabat Daerah Saha di Busan meminda ordinan pada 3 Mei untuk menyediakan rawatan alopesia percuma untuk penduduk berumur 19 hingga 34 tahun.


Ahli Majlis Saha, Kang Hyun-sik, yang mencadangkan ordinan itu berkata, pembiayaan perbandaran untuk orang yang mengalami keguguran rambut dilaksanakan untuk membantu mereka supaya lebih terbabit dalam aktiviti sosial dan

Gambar hiasan.

"Rambut gugur adalah penyakit disebabkan tekanan akademik dan pekerjaan.

"Dengan membiayai rawatan untuk keguguran rambut, kerajaan tempatan boleh menyokong aktiviti sosial dan ekonomi golongan muda.

"Ia juga berkesan dalam mencegah kemurungan dalam kalangan golongan muda," katanya.


Sebelum ini, Pejabat Daerah Seongdong di Seoul juga menawarkan baucar tunai sejak Mei 2022 kepada penduduk berumur 39 tahun ke bawah yang mengalami keguguran rambut.

Kerajaan Metropolitan Daegu dan Bandar Boryeong di wilayah Chungcheong Selatan juga menawarkan faedah sama.

Namun, usaha PBT terbabit menerima kritikan dengan tuduhan mereka membazirkan wang pembayar cukai.

Ada berpendapat jika rawatan keguguran rambut diberikan subsidi, pesakit yang menghidap penyakit terminal juga harus dibiayai PBT.

Pada masa ini, keguguran rambut secara amnya tidak dilindungi insurans kesihatan kerajaan.

Ia hanya menyokong rawatan, jika keguguran rambut disebabkan oleh penyakit tertentu.

Menurut data Perkhidmatan Semakan dan Penilaian Insurans Kesihatan, bilangan orang yang dirawat kerana keguguran rambut meningkat secara beransur-ansur dalam tempoh tiga tahun lalu dengan jumlah itu mencecah hampir 350,000 pada 2021.

Walaupun keguguran rambut adalah sebahagian daripada proses penuaan, negara ini menyaksikan peningkatan bilangan individu berusia 20 hingga 30-an mendapatkan rawatan masalah itu.

Pada 2021, individu berumur 20-an hingga 30-an menyumbang 22.3 peratus daripada jumlah kes itu.


Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 9-5-2023 01:00 PM
Aku la tuh.
Nk migrate sana lar.
Lapaq subsidi rawatan rambut.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 05:29 AM GMT+8 , Processed in 0.027353 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top