View Chin katanya sudah lebih enam hari tidak bertemu anak-anak meskipun dia mempunyai hak penjagaan ke atas mereka. Namun dia tidak pernah sama sekali menghalang isterinya, Shermine Hau Ah Moi untuk berjumpa dengan anak-anak.
"Tapi sekarang anak saya tak ada dengan saya, saya tak tahu mana mereka pergi." Bagaimanapun baru-baru ini View meluahkan rasa teruja apabila dia akhirnya dapat bertemu dengan anak-anak perempuannya. DInstagram Story, influencer itu memuat naik beberapa keping gambar bersama anaknya, Sylvia Chin dan Scarlett Chin. Dia turut dilihat membawa anak-anaknya bersiar-siar menaiki kereta. Sebelum ini, Shermine memaklumkan dia sedang memperjuangkan hak penjagaan anak-anak secara habis-habisan buat masa sekarang. "Saya tak akan lepaskan mereka kepada View Chin. Macam mana perempuan (Mira) yang tak pernah melahirkan nak jaga anak?" Terdahulu, bekas isteri kepada View itu mendedahkan perbuatan curang suaminya selepas memuat naik beberapa bukti perbualan mesra bersama pekerja, Amirah Aqilah di aplikasi WhatsApp. -CARI
|
ADVERTISEMENT