CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Atta Halilintar Menggigil Tak Percaya Bakal Timang Anak Lagi

9-5-2023 08:38 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 593| Komen: 1

Atta Halilintar mengakui menggigil apabila menerima perkhabaran gembira bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Personaliti media sosial dengan nama sebenar Muhammad Attamimi Halilintar, 29, memaklumkan mengenai perkara itu menerusi Instagram.



IG

Katanya, dia seakan-akan tidak percaya bahawa anaknya, Ameena bakal mempunyai adik dan memohon doa peminat agar bayi dalam kandungan isterinya itu membesar sihat.

"Mengigil.. Ameena bakal mempunyai adik. Alhamdulillah ya Allah dari berdua jadi bertiga dan sekarang akan jadi berempat.

"Doakan ibu dan bayinya sihat terus ya," katanya.


IG

Sementara itu, menerusi video di saluran YouTube mereka, anak kepada penyanyi Krisdayanti itu, Aurel Hermansyah melakukan ujian kehamilan pada Jumaat.

Aurel meluahkan rasa syukur ketika kit ujian kehamilan itu menunjukkan tanda positif.



"Alhamdulillah, terima kasih ya Allah. Saya gembira sangat tetapi macam sedang bermimpi," ujarnya.

Aurel kemudiannya memberikan kejutan itu kepada Atta yang sedang mengasuh Ameena dan apabila melihat hasil positif, Atta mengucapkan syukur serta memberi kucupan buat isterinya itu.

Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga pada 4 April 2021 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Hanna Nur Atta.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 9-5-2023 09:21 AM
ikut jejak keluarga bingit dia la tu beranak banyak....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.230454 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top