CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Sebak Uwais Seorang Pakai Baju Merah Masa Majlis Tunang! Katanya Warna Kesukaan Siti Sarah? Shuib Dedahkan Perkara Sebenar

9-5-2023 08:38 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 3441| Komen: 27|Original author: Saiful

6 Mei lepas, Shuib Sepahtu dah selamat bertunang dengan Watie Hanifiah dalam sebuah majlis sederhana di kediaman keluarga wanita itu di Shah Alam.

Bagaimanapun majlis pertunangan menimbulkan persoalan apabila anak sulung Shuib iaitu Uwais Alqarani tidak berpakaian warna sedondon dengan ahli keluarga yang lain.


Foto: IG

Di TikTok ramai yang buat andaian bahawa merah adalah warga kegemarah arwah ibunya.


Tak nak orang terus bercakap, Shuib tampil memberi penjelasan melalui Live.

Katanya Uwais tak memakai baju mengikut tema disebabkan tidak muat selepas dua minggu berhari raya.


“Ramai orang tanya saya, kenapa gambar tunang saya itu Uwais dia seorang sahaja pakai baju warna merah. Betul, kenapa dia baju tak sama dengan kita orang.

“Semua orang tengah tanya saya ni, kenapa baju Uwais tak sama? Kenapa Uwais tak pakai baju yang tak sedondon. Cuba korang teka dahulu kenapa.

“Kenapa baju Uwais tak sedondon dengan kitaorang sebabnya tak muat baju dia. Saya dah buatkan dah, kan raya dua minggu je kan. Masuk buntut pun tak muat dah, pakai seluar pun tak muat,” katanya.



Pendedahan yang dilakukan oleh Shuib secara tidak langsung menepis dakwaan netizen sebelum ini yang mendakwa Uwais memakai penampilan serba merah disebabkan mengenang arwah ibunya, Siti Sarah.

Sekadar info, Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama arwah Siti Sarah dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarani, Dzahira Talita, Ariq Martin dan Ayash Affan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 9-5-2023 08:45 AM
takkan la takleh pi cari baju lain yang seakan2 sama kalernye…. ni marketing bangsat namanya ni…
Quote helicornia 9-5-2023 08:54 AM
mmg nampak berisi uwais
bukan dia main golf ke
Quote Nham22 9-5-2023 09:00 AM
Alasan... Ko kaya kan.. Buatla baru...
Quote afie_m 9-5-2023 09:01 AM
apa2 ja lah shuib...
Quote namieamuro 9-5-2023 09:11 AM
mmg tempah size ngam2 ke ape? die laki kan. bkn dak pempuan nk kne pki ketat2. kate duit byk. takkan tailor tak bole alter sblm tu. tgk baju ayash pulak terlebih besa
Quote cruz2 9-5-2023 09:14 AM
Acik suka tgk rupa paras uwais ni.
Kira kalau tgk mmg ternampak la raut muka arwah ibunya.
Al Fatihah buat Siti Sarah.
Moga semua anaknya membesar dgn baik dan menjadi anak yg soleh solehah
Quote cupu 9-5-2023 09:18 AM
Nk juga jaja nama ibu. Padahal sah sah baju ketat..ko jgn ib...org mmg dh meluat dgn kau..skrg ni dh atas pagar dh...krg jd macam si syu plk..asal buat kena maki.
Quote airmineral 9-5-2023 09:28 AM
baju melayu ke baju renang yg ko buat tu
tiba2 blh x muat?
Quote Rogue98 9-5-2023 09:35 AM
Bingai lah nak sebak2 ....kaler baju jer pun...
Quote Madel 9-5-2023 09:38 AM
%!@%^&*@$#
siapa yg up si cencorot tesepit pintu lori ni..
Quote kucingitam 9-5-2023 09:38 AM
baju kalau besar boleh dikecilkan, kalau kecik memang takleh nak alter dah...kau tgk jela..

tapi, tapi, tapi.....anak kau pakai baju melayu je eb... bukannya susah nak cari baju melayu pon..ada je nak buat konten kan kau ni...
Quote swateng1 9-5-2023 09:53 AM
Edited by swateng1 at 9-5-2023 09:55 AM

pandai jee netizen speku sendiri.. pakai merah sbb warna fav sarah. padahal baju sendat
Quote aciksenah 9-5-2023 09:57 AM
Macam tak boleh cari baju yang lain..sabo je la..
Quote ayukpingu 9-5-2023 10:03 AM
gedik2 aje korang nak sebak bagai...padahal anak dan bapak dorang happy je dah dpt mak/bini baru
Quote anc_3 9-5-2023 10:29 AM
Alahai korang ni..buat baju kan sebelum raya. Dia budak mmg la cepat membesar. Lepastu bukannya jenis  test baju berkali2 sebelum majlis mcm chuols. Ntah2 pagi hari tunang tu baru nak pakai. Tu yg xsempat cari lain. Kalau tgk video, seluar siap elok ber iron.
Quote ezacbee 9-5-2023 10:30 AM
Manjang je sebak.. budak tu relax je.

Quote nanasno 9-5-2023 10:36 AM
lari la kejap pegi jakel ke elrah ke bulan bintang ke beli baju anak ko tu kejap. dapat same color hues pun takpa la. ni merah terus. boringgg
Quote pembacagosip 9-5-2023 10:41 AM
ntah la kalau aku kan usaha juga cari
banyak je jual baju melayu
cari warna seakan sama
g la jakel ke euro moda ke
usaha bagi nampk sama semua on pic
ahgituuuuuuu
Quote ell2026 9-5-2023 10:42 AM
pasal kaler baju lain pun jadi big isu netizen ni..dia tu pun manusia biasa je..dia dah explain pun pasal xmuat..xboleh ke just berlapang dada terima je jawapan dia tu..benda simple je pun nak jadi isu

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.052240 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top