CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Nafi Rahim Maarof Beraya Di Katil Hospital Disebabkan Strok

9-5-2023 08:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 877| Komen: 2

Rahim Maarof yang dibenarkan keluar pada Ahad selepas dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada akhir Mac lalu akibat tekanan darah tinggi dilaporkan dalam keadaan sihat.

Jasmin Rayhan Ab Rahim, 30, berkata, bapanyanya yang juga penyanyi popular sekitar 1980-an itu perlu membuat rawatan susulan dan menjalani rehabilitasi pertuturan.



IG

"Ayah sudah dibenarkan keluar hospital sebenarnya. Tetapi perlu menjalani pemeriksaan susulan dan rehabilisasi untuk pertuturan.

"Alhamdulillah ayah kini semakin pulih. Masih kuat dan ceria," katanya kepada Majoriti.

Dalam pada itu, dia meminta agar Ab Rahim Maarof, 68, diberi ruang privasi untuk kembali pulih sebelum bertemu peminat semula.

"Saya bukan tidak mahu beritahu, cuma saya yakin ayah akan kembali sembuh dan berilah dia yang menceritakan hal sebenar tentang apa yang berlaku.

"Saya cuma menjalankan tugas sebagai anak untuk menjaga privasi ayah. Peminat mesti tahu ayah saya seorang yang menjaga privasi.

"Saya yakin bila ayah sudah sembuh sepenuhnya, dia akan membuat kemunculan semula nanti," jelasnya.

Sementara itu, Jasmin Rayhan turut berkongsikan pengalaman menyambut hari raya Aidilfitri bersama ahli keluarga lain di hospital. Bagaimanapun, dia tidak memperincikan rawatan yang diterima bapanya sepanjang tempoh sebulan di hospital.

"Ya pemantauan dari doktor lama sedikit. Sebulan juga di hospital.

"Tiada rasa yang lain. Saya gembira sebab ayah saya masih boleh menceriakan diri dan ceriakan keluarga dia juga," ujarnya.

Sebelum ini, Rahim mengaku sudah bebas daripada bergelar perokok tegar atas kesedaran mahu memiliki gaya hidup yang lebih sihat sejak mengalami batuk yang sangat teruk sekitar tahun 2018.

Jasmin Rayhan turut menafikan dakwaan bapanya dimasukkan ke hospital disebabkan strok seperti yang tular di media sosial.


Sumber: Majoriti


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 9-5-2023 02:24 PM
Moga cepat sembuh.
Quote supernaturalee 9-5-2023 03:32 PM
68 dh ye

vokal dia 1 of a kind
pronunciations die pun lain

bnyk jgk lagu2 popular dan ajl finalis juga

jgn nk sibuk plk nk tny tau ke sape yg buat lirik dgn lagu die???


love his performance dlm lagu2 yg dia sampaikan

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.026385 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top