Seorang pakar kardiologi yang digantung kerja dari sebuah hospital di Berlin kerana disyaki membunuh, ditahan polis. Polis dan pendakwa raya dalam satu kenyataan semalam berkata, suspek berusia 55 tahun itu disyaki memberi ubat penenang pada dos tinggi kepada dua pesakit tenat di unit rawatan rapi yang dipercayai mengakibatkan mangsa meninggal dunia.
Difahamkan, doktor pakar itu digantung kerja dari hospital berkenaan pada Ogos 2022. Walaupun ketika itu pendakwa raya sudah memulakan siasatan, namun waran tangkap hanya boleh dikeluarkan selepas laporan perubatan menunjukkan pemberian ubat penenang pada dos tinggi itu tiada justifikasi dari segi perubatan. Tambah kenyataan itu, terdapat empat kematian mencurigakan berkait pakar kardiologi itu, namun hanya dua kes melampaui keraguan munasabah bahawa ubat diberikan tiada justifikasi.
Sumber: BH Online
|
dua_chzy replied at 25-8-2023 02:41 PM
Aku syak sepital lokal kita ada yang buat menda sama (cabut oksigen ke, etc) dengan alasan hentikan ...
pokokmeranti replied at 25-8-2023 06:44 AM
klu berlaku, membunuh dgn niat....
ADVERTISEMENT