CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

2 Pelajar Curi Honda EX5 Untuk Beraya

9-5-2023 07:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 247| Komen: 2

Mahu kelihatan bergaya menyambut Aidilfitri, dua pelajar antara tiga individu mencuri tiga motosikal jenis Honda EX5 minggu lalu.

Difahamkan, seorang anggota polis menjadi mangsa apabila motosikalnya dilarikan di Pangsapuri Merak, Jalan Pulai Harmoni 1, Bandar Baru Kangkar Pulai, di sini, bulan lalu.



RAHMAT Ariffin (kanan) menunjukkan tiga buah motosikal jenis Honda EX5 yang dirampas daripada tiga suspek di IPD Iskandar Iskandar, semalam. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin mengesahkan pihaknya menerima aduan daripada anggota polis tersebut kira-kira pukul 5 petang memaklumkan motosikal yang ditinggalkan dalam keadaan berkunci di pangsapuri itu hilang.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Pu­teri dan pasukan khas Balai Polis Kangkar Pulai menahan seorang suspek pada pukul 7.50 malam, 1 Mei lalu.


“Dalam serbuan berasingan, polis menahan seorang lagi suspek dan merampas tiga motosikal di sekitar kawasan Kangkar Pulai.

“Hasil soal siasat terhadap tangkapan pertama, polis menahan seorang lagi suspek yang disyaki terlibat dalam kes ini. Kesemua suspek yang ditahan ini berusia antara 14 hingga 21 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati mereka mencuri motosikal itu untuk kegunaan sendiri pada Aidilfitri lalu,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri, di sini semalam.

Selain tiga motosikal yang dicuri, polis turut merampas dua kunci motosikal.

Rahmat berkata, tiga rakan yang aktif melakukan jenayah itu sejak bulan lalu menyasarkan motosikal jenis Honda EX5 yang diletakkan di bawah blok pangsapuri atau di kawasan masjid.

“Dengan tangkapan tiga suspek itu, polis berjaya menyelesaikan tiga kes curi motosikal yang dua dilaporkan di IPD Iskandar Puteri dan satu di IPD Johor Bahru Utara,” katanya.

Tiga rakan berkenaan direman hingga Rabu ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 9-5-2023 09:01 AM
kes motor hilang hari2 ada merata2

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 04:07 AM GMT+8 , Processed in 0.259595 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top