Seremban: Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) meminta kerajaan mempertimbangkan seni mempertahankan diri itu diserap sebagai salah satu kegiatan kokurikulum di sekolah. Presidennya, Datuk Maideen Kadir Shah berkata, pihaknya mempunyai kertas kerja dan modul lengkap untuk dibentangkan kepada Perdana Menteri memandangkan seni silat itu dilihat mampu melahirkan generasi madani.
"Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri hari ini menggariskan dasar Malaysia Madani iaitu satu ikhtiar melahirkan masyarakat yang lebih manusiawi dengan sifat amanah dan berintegriti. "Enam kompenan utama Malaysia Madani iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan sudah diterapkan PSSCM sejak diasaskan 58 tahun lalu melalui pembelajaran di kelas awam, institusi pengajian tinggi (IPT) dan sekolah," katanya pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PSSCM dihadiri kira-kira 2,000 ahli PSSCM dari seluruh negara, semalam.
Beliau berkata, bagi memastikan guru yang bakal ditempatkan di sekolah mempunyai ilmu silat cekak, pihaknya mempunyai perancangan supaya seni mempertahankan diri itu turut dijadikan subjek di institut latihan perguruan. "Penuntut yang bakal menjadi guru boleh mengambil subjek berkenaan sebagai salah satu kursus di institusi pengajian tinggi perguruan. Sekurang-kurang dapat melahirkan 20 pelatih silat dalam kalangan bakal guru dalam satu sesi. "Kelak mereka boleh menjadi pelatih kepada murid di sekolah mereka ditempatkan. Kami mempunyai modul yang lengkap memandangkan sudah beberapa universiti awam di negara ini sudah memasukkan silat cekak sebagai salah satu kursus," katanya. Beliau berkata, pihaknya sangat berharap supaya dapat berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentangkan kertas kerja mengenai cadangan ini. "Ia sememang sesuai dengan hasrat Perdana Menteri untuk melahirkan insan madani. Prosesnya bukan boleh dilakukan dalam masa sehari dan ia perlu bermula daripada seawal sekolah rendah. "Kami mempunyai sekurang-kurangnya 1,000 pelatih yang aktif di seluruh negara. Mereka ini boleh membantu usaha dan hasrat murni ini," katanya. Sumber: Harian Metro |
dua_chzy replied at 8-5-2023 10:22 PM
Bukan dah hada? Yang penting ada cikgu nak ngaja. Sekolah akak dulu ada silat tapi cikgu tu pindah, ...
green~tea replied at 8-5-2023 02:52 PM
Aku pernah masuk silat cekak kat uni.. masuk beberapa bulan je sbb ada mentera kena amal :shakehea ...
green~tea replied at 8-5-2023 10:52 PM
Aku pernah masuk silat cekak kat uni.. masuk beberapa bulan je sbb ada mentera kena amal :shakehea ...
nikola.tesla replied at 8-5-2023 11:11 PM
Silat cekak tak ada mentera nak kena amal
dua_chzy replied at 8-5-2023 10:59 PM
Memang hada mentera2 kena amal kan uols? Mak aiols dulu pun pesilat. Pehtu lepas nikoh dia tokleh ...
dua_chzy replied at 8-5-2023 10:59 PM
Memang hada mentera2 kena amal kan uols? Mak aiols dulu pun pesilat. Pehtu lepas nikoh dia tokleh ...
green~tea replied at 8-5-2023 11:15 PM
Ada.... mcm bismillah ******** kena baca 21X sambil tido atas kain putih, 3 malam or 7 malam bertu ...
blue_blur replied at 8-5-2023 11:43 PM
aok orang lipis?
ADVERTISEMENT