New Delhi: Seorang wanita yang menaiki pesawat Air India dilaporkan disengat kala jengking ketika dalam penerbangan dari Nagpur ke Mumbai pada bulan lalu. Lapor portal UPI, syarikat penerbangan Air India mengesahkan kejadian pada 23 April lalu, dengan menyifatkannya sebagai insiden yang sangat jarang berlaku.
Malah, syarikat penerbangan itu mengakui pernah berdepan beberapa kes lain membabitkan tikus atau burung ketika dalam penerbangan. Menurut jurucakap syarikat penerbangan, penumpang tersebut dikejarkan ke hospital selepas disengat binatang berbisa itu dan sudah dibenarkan pulang. “Setelah pesawat mendarat, penumpang tersebut dirawat doktor di lapangan terbang sebelum dibawa ke hospital dan dibenarkan pulang.
“Pegawai kami menemani penumpang ke hospital dan menawarkan semua sokongan kepadanya sehingga dibenarkan keluar,” katanya dalam satu kenyataan. Sementara itu, jurucakap syarikat memaklumkan kakitangannya menjalankan pemeriksaan penuh di pesawat selepas mendarat di Mumbai. “Akhirnya, mereka berjaya menemukan kala jengking itu. “Pesawat Airbus A-319-100 kemudian difumigasi sepenuhnya mengikut protokol,” katanya. Syarikat penerbangan Air India mengendalikan sebanyak 16 pesawat komersial yang dianggarkan berusia lebih 14 tahun. Sumber: Utusan
|
cmf_premierleag replied at 8-5-2023 09:42 PM
Penah naik airlines SpiceJet dr new delhi ke srinagar
Mcm2 drama tamil la..dr passengers smpi ke FA: ...
mdhelmi replied at 9-5-2023 09:26 AM
tak pernah kene tapi orang kata rasa macam kene sengat lipan
tak mematikan
cuma masa remaja pernah k ...
mdhelmi replied at 9-5-2023 09:26 AM
tak pernah kene tapi orang kata rasa macam kene sengat lipan
tak mematikan
cuma masa remaja pernah k ...
sharlenetexas replied at 8-5-2023 11:32 PM
FA dia lawa tak? Pakai sari moden ke?
ADVERTISEMENT