CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

5 Remaja ‘Melepak’, ‘Berpacaran’ Di Masjid Ditahan

8-5-2023 08:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 211| Komen: 0|Original author: Tatod

Jakarta – Lima remaja ditahan polis selepas mereka didapati ‘melepak’ di dalam Masjid An Nur di Batalaiworu, wilayah Sulawesi Tenggara sekitar pukul 11 malam  semalam, lapor portal berita Suara Sulsel.


Lima remaja terdiri daripada empat lelaki dan seorang perempuan itu ditangkap polis selepas pengurus masjid terdengar bunyi bising ketika hendak tidur,  menyebabkannya menghubungi penduduk setempat menerusi kumpulan WhatsApp.

Seramai lima remaja ditangkap selepas mereka 'melepak' dan berpacaran di Masjid An Nur, Batalaiworu. 

“Kami beramai-ramai memeriksa lantai tingkat dua dan menemui mereka memainkan muzik menggunakan telefon bimbit dan menghisap rokok,” kata pengurus masjid itu yang dikenali sebagai Fandi.

Fandi mengaku sudah dua kali mendapati sepasang remaja iaitu seorang lelaki dan perempuan berada di sekitar lingkungan masjid.


Malah, ada yang sempat tidur berdua di belakang masjid dan kotak derma dicungkil, tabung gas dijatuhkan, manakala kabel sistem televisyen litar tertutup (CCTV)  diputuskan.

Setelah kelima-lima remaja itu ditangkap, dia menghubungi polis yang kemudian menahan mereka. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.036249 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top