CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Panas Hati Tengok Budak Perempuan Buat Onar Dalam Kedai Kosmetik

8-5-2023 08:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1907| Komen: 9|Original author: Tatod

Tular sebuah rakaman video daripada kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan di TikTok memaparkan seorang budak perempuan berusia lingkungan lima tahun berlari-lari di dalam kedai sambil mengusik beberapa barang jualan yang lain.


Ibu yang melihatnya juga tidak menegur perbuatan si anak sebelum mereka keluar tanpa memaklumkan kerosakan yang berlaku kepada juruwang.

Situasi yang berlaku mengakibatkan kerugian kepada peniaga.


Ketika dihubungi mStar, peniaga bernama Razeeque Khanifa berkata dia kecewa kerana kejadian barangan jualan dirosakkan pengunjung sering berlaku sejak dia membuka kedai Brew Beauty di Taman Universiti Johor, dua tahun lalu.

Jelasnya setiap bungkusan atau kotak barang jualan yang sudah dibuka tanpa dibeli dianggap sebagai rosak dan tidak boleh dijual.

"Jadi rugilah. Kami merupakan penjual kosmetik harga borong.

"Jadi jika perkara ini berterusan dan kami mengalami kerugian setiap hari, dikhuatiri nanti kami tidak dapat menjualnya dengan harga borong.

"Ia gara-gara kami perlu menampung kos kerugian kerosakan yang dialami," ujarnya.

Bercerita lanjut kepada mStar, Razeeque berkata, susulan perbuatan empat sekeluarga itu, dia mengalami kerugian kira-kira RM200.

Tambahnya, kesemua barang kosmetik yang rosak itu adalah koleksi bagi Ramadan lepas.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan beberapa saranan untuknya bagi mengelakkan insiden sama berulang.

Dalam pada itu, kebanyakan para ibu menyuarakan perkara yang berlaku itu membuatkan mereka lebih berwaspada untuk membawa anak kecil masuk membeli-belah bersama.


Sumber: mStar, TikTok brewbeauty_tmnu



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 8-5-2023 08:48 PM
Glamer ko dik... Satu Malaysia kenal ko
Quote Buritan 8-5-2023 10:07 PM
Anak cina ke mulayu.. yg konpom bkn anak induu.. so anak indu baikk..

Anak indu 1 anak cina or mulayu 00000
Quote Antifake 9-5-2023 07:26 AM
MStar ni nak promo aje kedainya. Aku malas nak baca kat portal tu sbb banyak in the end nak promo orang yang upkan kat socmed. Dah tau tegur ajelah apa nak tangkap gambar. Nampak beno nak bikin gempak
Quote kucingitam 9-5-2023 09:28 AM
kosmetik timbang kilo ke..helokla pun...
Quote Zack8hunter 10-5-2023 07:36 PM
staf kedai tu pun tegur jer la.. demi sesuap content
Quote Supersirap 10-5-2023 09:36 PM
Mak dia yang patut dipersalahkan 100%
Quote SalenaGomez 11-5-2023 07:35 PM
Zack8hunter replied at 10-5-2023 07:36 PM
staf kedai tu pun tegur jer la.. demi sesuap content

Kan…kalau SG lah kalau ditegur x dgr, panggil je pak gad…budak2 ni kalau org yg gaya2 polis ni depa takut skit
Quote epal21 12-5-2023 11:44 AM
Staf kedai tu pun tegur je lah. Takdelah ramai sangat customernya yg sampai terlepas pandang.
Quote chiyoasuka 28-7-2023 02:20 AM
staff xnmpk ker knpa tak tegur?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.140993 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top