CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan Letak Beban Pelarian Kepada Kerajaan, Komuniti Tempatan

8-5-2023 07:45 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 754| Komen: 8|Original author: Tatod

Putrajaya – Malaysia mahu Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tidak meletakkan beban pengurusan pelarian semata-mata terhadap kerajaan atau komuniti rakyat tempatan.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, UNHCR perlu melaksanakan tanggungjawabnya terhadap pelarian dan pemohon suaka yang berada di negara ini selaras mandat dan fungsi penubuhannya.

Beliau berkata, kerajaan menghormati mandat penubuhan, fungsi dan peranan UNHCR seperti mana yang diperuntukkan di bawah Resolusi 319 (IV) Perhimpunan Agung PBB (1949) dan Resolusi 428 (V) Perhimpunan Agung PBB (1950).

Ahmad Zahid ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pengurusan Pelarian dan Pemohon Suaka di Putrajaya hari ini.

“Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa Malaysia bukannya negara ahli kepada Konvensyen Mengenai Status Pelarian 1951 dan Protokol Mengenai Status Pelarian 1967.


“Atas prinsip-prinsip nilai kemanusiaan, Malaysia telah membenarkan golongan ini untuk berada sementara di dalam negara sebelum ditempatkan semula ke negara ketiga atau pulang ke negara asal.

“Kerajaan amat mengambil berat terhadap kegusaran rakyat berikutan kehadiran serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan segelintir golongan pelarian dan pemohon suaka ini yang bertentangan dengan norma kehidupan, sensitiviti dan budaya setempat yang sekali gus menjejaskan keharmonian rakyat tempatan,” katanya menerusi kenyataan akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Pengurusan Pelarian dan Pemohonan Suaka Bil. 2/2023 di sini, hari ini.

Katanya, kerajaan juga mempertimbangkan untuk mengadakan suatu perjanjian bersama UNHCR berhubung peranan dan tanggungjawab UNHCR di dalam negara selaras dengan Resolusi 428 (V) Perhimpunan Agung PBB (1950) tersebut.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan amat mengambil berat terhadap peningkatan ketara jumlah pelarian dan pemohon suaka yang memegang Kad UNHCR iaitu 75,617 orang pada tahun 2009 kepada 185,760 orang pada Mac 2023.

“Seramai 160,332 orang (86.3 peratus) daripada keseluruhan pelarian dan pemohon suaka ini adalah pelarian daripada Myanmar dan 107,433 orang (67.0 peratus) daripada pelarian Myanmar adalah etnik Rohingya, Myanmar.

“Pelarian daripada negara lain yang mempunyai signifikan ialah Pakistan (7,109 orang), Yemen (3,466 orang) Afghanistan (3,444 orang), Somalia (3,161 orang) dan Syria (3,161 orang),” katanya. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CardiGans85 8-5-2023 10:47 PM
First time aku setuju apa yg TPM ucap
Quote Skuau 8-5-2023 11:03 PM
pelarian mende depa tu..siap 'buka kedai' lg tu...
Quote dua_chzy 8-5-2023 11:07 PM
Zahid Hamidi boleh perbaiki imej sangat sekiranya heols berusaha fight huntok isu ni.
Quote n3ar 9-5-2023 07:20 AM
Betul tu wak.. Tp masalah wak jadi menteri KDN dulu macam tak jadi apa masalah ni..

Mana ada pelarian duk smentars & dihantar semula ke negara ketiga @ negara asal.. Duk sampai beranak cucu ada la
Quote krustykrab 9-5-2023 07:37 AM
Desak la unhcr tutiap² hari...lps tu htr ke pati² ni semua kt ofis diorg sorg sikit. Biar diorg handle...
Quote sangbara2020 9-5-2023 08:26 AM
ha kisahnyaaaa.....
alasan nk buat pejam mata leni ehhh
Quote talapia 9-5-2023 09:42 AM
dua_chzy replied at 8-5-2023 11:07 PM
Zahid Hamidi boleh perbaiki imej sangat sekiranya heols berusaha fight huntok isu ni.

kannn.. isu ni isu besar.. dah berakar umbi... dan dah jadi barah dalam masyarakat. Rakyat dah meluat.. bertahun2 takde apa perubahan. Kalau dia bole buat sesuatu.. hantar pulang.. or tutup pintu untuk pelarian2 ni ke.. sure wangi semula la dia..
Quote namieamuro 9-5-2023 10:25 AM
dua_chzy replied at 8-5-2023 11:07 PM
Zahid Hamidi boleh perbaiki imej sangat sekiranya heols berusaha fight huntok isu ni.

ye kalau die handle isu ni, lps ni sejuk sikit hati rakyat yg anti pati kt wak jahid. takat ni takde lg pemimpin yg nk tegur unhcr tu. si ketua immi ugut nk tutup pn takde mendtgkan kesan ape2

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 06:43 PM GMT+8 , Processed in 0.147400 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top