CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuaca Panas: Sekolah Diarah Utamakan Selenggara Kipas

8-5-2023 07:13 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1491| Komen: 26|Original author: Tatod

Putrajaya: Semua pengarah pendidikan negeri dan daerah diarah supaya memberi keutamaan terhadap kerja-kerja penyelenggaraan kipas di sekolah menerusi peruntukan yang disalurkan susulan fenomena cuaca panas serta kering berpanjangan yang sedang melanda negara.


Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, perkara berkenaan dimaklumkan dalam mesyuarat yang diadakan secara berkala dengan yang terbaharu pada Rabu lepas iaitu melalui sesi libat urus bagi memastikan tindakan segera diambil berkaitan cuaca panas.

“Apabila semua berada dalam bangunan sudah tentu pengudaraan dalam kelas perlu kita beri perhatian. Kita di KPM (Kementerian Pendidikan) sentiasa agihkan peruntukan khusus untuk penyelenggaraan ke peringkat negeri dan daerah.

Gambar hiasan.

“Beri keutamaan kepada keperluan, kalau hari ini kita berhadapan dengan situasi cuaca panas tentu lah aktiviti selenggara kipas adalah lebih penting dan diutamakan,” katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara KPM dengan Yayasan Bank Rakyat (YBR) di sini hari ini.


Keadaan cuaca panas yang melanda negara terutama di Kelantan mendorong murid-murid untuk membawa kipas mini elektrik ke sekolah bagi membolehkan mereka selesa sepanjang berada di dalam kelas memandangkan setiap kelas hanya mempunyai dua kipas siling.

Jumaat lalu, media melaporkan kesemua institusi pendidikan di bawah KPM diminta menangguhkan terlebih dahulu aktiviti luar melibatkan pelajar, guru dan pensyarah berikutan cuaca panas serta kering berpanjangan.

Mengulas mengenai MoU, Pkharuddin berkata, YBR bersetuju untuk menawarkan biasiswa kepada para pelajar cemerlang lepasan Program Matrikulasi KPM yang terpilih bagi pengajian ijazah pertama membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM4.7 juta.

Menurutnya, peruntukan tersebut melibatkan seramai 100 pelajar dari golongan B40 dan asnaf yang dipilih bagi tahun 2022 hingga 2025.

“Pembiayaan ini memberi ruang dan peluang kepada pelajar cemerlang Program Matrikulasi KPM untuk menikmati tajaan pendidikan yang mampu menanggung kos yuran pengajian dan kos sara hidup di peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam negara.

“Pemeteraian ini menjamin kemudahan pembiayaan pendidikan daripada YBR sehingga tahun 2025 bagi pelajar matrikulasi yang datang daripada jurusan sains, kejuruteraan, perakaunan dan perakaunan profesional,” ujarnya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote PULANGKAN 8-5-2023 07:49 PM
biasa la tukipas rosak berbulan-bulan, komplain takde tindakan

budak berpanas, siapa la kisah
asalkan pegi sekolah

cuba kalau aircond bilik guru tu rosak sehari
tengok diorang punya mengamuk tu macam mana
sampai budak2 pun kena tempias tanpa sebab
Quote ipanimanz1 8-5-2023 07:55 PM
PULANGKAN replied at 8-5-2023 07:49 PM
biasa la tukipas rosak berbulan-bulan, komplain takde tindakan

budak berpanas, siapa la kisah

Mengamuk mmg ya. Tapi tindakan lambat giler. Last2 kluar duit sendiri baiki. Senasib je guru dan murid. Lainla org kerja ofis. Pagi rosak,ptg dah siap baiki.
Quote gigahertz 8-5-2023 08:25 PM
ipanimanz1: Mengamuk mmg ya. Tapi tindakan lambat giler. Last2 kluar duit sendiri baiki. Senasib je guru dan murid. Lainla org kerja ofis. Pagi rosak,ptg dah siap ...

sekolah nak repaiir itu ini takde peruntukan. cuba tender pasamng 100 aircon
berebut laju je
Quote gigahertz 8-5-2023 08:30 PM
PULANGKAN replied at 8-5-2023 11:49 AM
biasa la tukipas rosak berbulan-bulan, komplain takde tindakan

budak berpanas, siapa la kisah

sekolah zaman i dulu guna kipas siling brand G.E.C
kalau tak G.E.C mesti National.
Quote shy79 8-5-2023 08:39 PM
gigahertz replied at 8-5-2023 08:30 PM
sekolah zaman i dulu guna kipas siling brand G.E.C
kalau tak G.E.C mesti National.

sekolah ai brand kdk..
tp kalo dah 20 thn tak pernah bertukar, agak2 lagu mana rupa dia?
sian kt bdk musim2 panas ni
Quote gigahertz 8-5-2023 08:48 PM
shy79 replied at 8-5-2023 12:39 PM
sekolah ai brand kdk..
tp kalo dah 20 thn tak pernah bertukar, agak2 lagu mana rupa dia?
sian kt b ...

boleh lagi tu. kalau KDK mesti pusing dah slow. kena ganti capacitor.kipas siling ni kalau tak biasa buat keje berat. tenguk bahu belikat semua sakit.
Quote shy79 8-5-2023 08:54 PM
PULANGKAN replied at 8-5-2023 07:49 PM
biasa la tukipas rosak berbulan-bulan, komplain takde tindakan

budak berpanas, siapa la kisah

haha yela sgt..
sekolah kami aircond bilik guru ntah berapa thn rosak sampai aku pun x ingat..
2 je kot yg function utk 100 org cikgu..
asyik la xdak peruntukan..
peruntukan PCG dr KPM mana boleh guna utk guru, utk kegunaan murid saja..
tunggu peruntukan pembangunan dr jpn ntah tahun bila la nk dapat..
dah 10 thn aku bawak kipas letak kt meja..
tak pernah rasa aircond..
thn ni mmg rasa nk mengamuk sbb panas yg amat..
Quote shy79 8-5-2023 08:57 PM
gigahertz replied at 8-5-2023 08:48 PM
boleh lagi tu. kalau KDK mesti pusing dah slow. kena ganti capacitor.kipas siling ni kalau tak bia ...

masalahnya tak pernah buat maintenance..
tunggu rosak baru nk baiki..
tu pun berbulan cikgu buat aduan..
kalau tanya pentadbir, tunggu cc panggil org repair..
cikgu ni tersepit antara karenah pentadbir dan kesian kt budak
Quote dua_chzy 8-5-2023 09:02 PM
Ah. Gomen.

Cer korang masuk sepital gomen dok wad berbulan. Cer. Musti banyak korang nak komplen.
Quote gigahertz 8-5-2023 10:58 PM
shy79 replied at 8-5-2023 12:57 PM
masalahnya tak pernah buat maintenance..
tunggu rosak baru nk baiki..
tu pun berbulan cikgu buat a ...

biasanya sekolah kalau bende2 macam tu rosakkena cari peruntukan sendiri kan ?
Quote akies 8-5-2023 11:16 PM
Bawa je hand portable fan tu.
Quote MisXoXo 9-5-2023 12:02 AM
Tak semua sek ada ekon kt bilik guru..ada yg dalam satu baris..depan pejabat ekon..sebelah pej bilik guru xdak ekon cikgu berkicap..sebelah dia bilik khas org lama aka jarum halus pentadbir..wajib ekon..makanya yg ngamuk yg ada ekon ja..yg xdak tahan ajalahhh
Quote MisXoXo 9-5-2023 12:03 AM
shy79 replied at 8-5-2023 08:57 PM
masalahnya tak pernah buat maintenance..
tunggu rosak baru nk baiki..
tu pun berbulan cikgu buat a ...

Betul..dana semua.drpd atas..dana dh kemana2 agaknya
.bajet kemahen..xtau napa x cutikan aja..panas kot..kipas 3 tgh2..bdk 30 atau.lebih..ko rasa semua dpt ke..yg komen byk2 semua kt ekon..pigidahhh
Quote Nana_Man 9-5-2023 06:35 AM
Benda basic mcm kipas maintenance pun kene kuar news??? Skola anak2 aku walau 2 kipas dlm tiap kelas, tapi pasal sentiasa bersih, cukup untk budak2 40 org tu tiap kelas.
Quote zehra2 9-5-2023 07:03 AM
skolah aku pulak tk boleh nk senang2 nk bwk alat letrik.. tk kisah la nk psg aircond ke.. kipas ke.. printer ke..
sbb bil letrik skolah melambung.. bulan2 lebih $5000. sbb skolah kami besar. yg byk guna tu asrama je dah berapa blok.
pengetua lah yg tk bg
Quote DARSITA 9-5-2023 07:20 AM
gigahertz replied at 8-5-2023 04:48 AM
boleh lagi tu. kalau KDK mesti pusing dah slow. kena ganti capacitor.kipas siling ni kalau tak bia ...

Sekolah sekolah di Malaysia kena beli Envirofan sbb curved blade sprade air more plus motor cast iron (dissipite heat better).

KDK made from steel not good for baring life.

Nota kaki: Ini anak aii punya pendapat sebab dia ceiling fans collector. Dia beli old Casablanca fans model yang rare.


Quote DARSITA 9-5-2023 07:28 AM

Ingat tak cerita ini?

Beli lima kipas, anak mengadu kelas panas



Quote iman_kasih 9-5-2023 07:30 AM
Mak ayah belikan je anak mini portable fan tu. Kalau ada duit lebih boleh sponsor stand fan kat kelas anak2.
Quote venom1 9-5-2023 07:31 AM
pokcik syukur kerja di tempat berhawa dingin. pokcik selalu berurusan dengan ejen. kesian diaorang berpanas kat luar. Selalu pokcik ajak diaorang stay lama sikit dalam ofis pokcik. bagi ejen2 tu tenang dan rasa nyaman.

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 05:06 PM GMT+8 , Processed in 0.203371 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top