Farid Kamil baru-baru ini sempat meluangkan masa bersama dua anaknya di sebuah taman tema air terkemuka di ibu kota. Aktor itu kelihatan begitu ceria bermain bersama anak-anaknya yang juga ceria di samping ayahnya.
Farid juga sempat berkongsi momen bersama anaknya sedang menari di dalam air. Sebelum ini Farid didakwa tidak dibenarkan untuk berjumpa dengan Aurora selepas anaknya itu dikatakan mengalami trauma. Farid kini berdepan kemelut rumah tangga bersama Diana apabila aktres itu memfailkan perceraian pada 10 Mac lalu dengan alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan. Pasangan terbabit dinasihatkan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shah Alam untuk berdamai ketika sebutan permohonan cerai yang difailkan Diana. Farid dan Diana bakal menghadiri prosiding sulh kedua pada 25 Mei depan berikutan Diana tidak dapat hadir pada prosiding 11 April lalu. -CARI
|
Samerosie replied at 8-5-2023 08:18 PM
Aurora mcm lagi gumbira dr abangnya. Betul ke trauma dgn bapanya.
Samerosie replied at 8-5-2023 08:18 PM
Aurora mcm lagi gumbira dr abangnya. Betul ke trauma dgn bapanya.
alesandra replied at 9-5-2023 07:31 AM
Ntahh..setau aku trauma ni tempoh dia agak lama.x senang nak recover
ADVERTISEMENT