CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8 Maut Dirempuh Suv Pecut, Langgar Lampu Merah

8-5-2023 06:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 368| Komen: 1|Original author: Tatod

Brownsville: Sekurang-kurang lapan individu maut dan sebilangan lagi cedera apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) melanggar lampu merah sebelum merempuh sekumpulan orang di perhentian bas di luar pusat bantuan migran di Texas, Amerika Syarikat (AS), semalam.


Setakat ini, pihak berkuasa menangani kejadian itu sebagai kes kemalangan, namun saksi memberitahu AFP bahawa pemandu terbabit didakwa menjerit kata-kata berbaur penghinaan terhadap kumpulan individu berkenaan sebelum memecut kenderaannya.

Jurucakap polis, Martin Sandoval, berkata SUV berwarna kelabu berkenaan didakwa 'melanggar lampu merah dan merempuh beberapa orang' di Brownsville kira-kira jam 8.30 pagi.

Pihak berkuasa menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Susulan itu, beliau berkata, tujuh orang terkorban dan 'hampir 10' lagi mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, media AS kemudian melaporkan seorang mangsa yang cedera itu meninggal dunia di hospital.

Saksi warga Venezuela, Luis Herrera, 36, yang cedera di lengan dalam insiden itu, mendakwa pemandu terbabit menghina mereka lalu memecut kenderaannya.

Pemandu itu kemudian ditahan beberapa saksi hingga polis tiba.

Sandoval berkata, dia turut dibawa ke hospital, dan didakwa memandu secara melulu, buat masa ini.

"Berkemungkinan besar akan ada pertuduhan lain yang menyusul nanti," katanya.

Sandoval berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada insiden itu disengajakan atau sebaliknya.

Pihak berkuasa mengangkat mayat mangsa insiden rempuhan di Brownsville, Texas

Beliau berkata, sebahagian mangsa terbabit adalah migran, namun tidak dapat mengesahkan sama ada kesemua mereka merupakan golongan itu.

"Kami sedang menyiasat perkara itu dengan polis sempadan," katanya.

Sementara itu Pengarah Eksekutif Pusat Ozanam, Victor Maldonado, berkata mangsa terbabit adalah sebahagian daripada kira-kira 25 individu yang sedang menunggu di perhentian bas berkenaan ketika kejadian.

Maldonado mendakwa kesemua mereka adalah warga Venezuela yang baru selesai bersarapan di pusat itu.

Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai mengerikan dengan terdapat sebahagian anggota badan mangsa dilihat berada di atas jalan raya.

Selain warga Venezuela, katanya, pusat yang dibuka 24 jam sehari itu turut menempatkan individu dari Chile, Colombia, Ecuador, China dan Ukraine.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.114200 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top