Bersatu tidak menerima penjelasan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) kerana ia mempengaruhi kehidupan rakyat dari segi kenaikan harga barangan. Ketua Penerangan Bersatu, Senator Datuk Razali Idris mendakwa, Rafizi seolah-olah ditimpa ‘bodoh’ mengejut.
“OPR perkara besar, bukan kecil. Ini menyebabkan harga barangan keperluan naik. Menteri Eknomi jawab macam itu sahaja. Dia kata, rakyat tak terkesan. Tak tahu saya nak kata apa, tak tahu maksud sebenarnya. “Saya nampak (Rafizi) bodoh secara mengejut. Dulu nampak cerdik masa pembangkang tapi sekarang nampak kebodohan datang mengejut,” katanya. Razali berkata demikian kepada pemberita yang hadir pada Majlis Sambutan Hari Raya Bersatu bersama media hari ini. Lima hari lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan OPR meningkat 25 mata perpuluhan kepada 3 peratus yang akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.
Rafizi dilaporkan berkata, kuasa Bank Negara Malaysia (BNM) dalam menentukan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tanpa campur tangan kerajaan, akan terus dipertahankan bagi memastikan BNM dapat membuat keputusan terbaik untuk kelangsungan ekonomi negara bagi jangka masa panjang, tanpa terpengaruh dengan tuntutan dan pandangan semasa. “Saya memang secara konsisten sejak menjadi menteri, mempertahankan bahawa keputusan mengenai OPR ini, bagi menentukan kadar faedah pinjaman, perlu diberikan kepada BNM. “Sebab itu di kebanyakan negara di seluruh dunia, keputusan mengenai kadar faedah ini tidak dipegang oleh ahli politik, jika tidak, akan ada sentiasa tekanan atau pandangan rakyat. “Kalau ikutkan secara umumnya, (semua orang) kalau boleh nak pinjaman ini kadarnya kosong, tetapi akan ada kesannya kepada ekonomi yang lain,” katanya. Rafizi berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pandan 2023 di Dewan Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah. Sumber: MalaysiaGazette
|
rikiruj: Piji tenyata tong kosong… masa time takde accountability macam2 janji & formula dia ada to solve problem… masa ada accountability semua orang lain p ...
Skydiva replied at 9-5-2023 10:13 AM
Haha.. besfren iols pengundi n penyokong tegar ye! Sentiasa di"backup" rapiji ni. Wpun dari awal mas ...
ADVERTISEMENT