CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Humble Je Tengok Sultan Terengganu Beraya Di Rumah Cef Zam

8-5-2023 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6768| Komen: 23

IG


Cef seebriti Zamzani Abdul Wahab yang lebih dikenali sebagai Cef Zam terharu menerima kunjungan daripada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Nur Zahirah bersama keluarga beraya di kediamannya di Shah Alam, Selangor.

Dalam video yang dimuat naik, kelihatan Cef Zam menanti ketibaan Tuanku sekeluarga di perkarangan rumah sebelum mereka dibawa masuk ke kediamannya.




Sikap merendah diri Tuanku sekeluarga turut mencuri perhatian terutama ketika baginda menjamu santapan raya secara ‘layan diri’ tanpa banyak protokol.



Turut menarik tumpuan adalah juadah yang disediakan Cef Zam. Bukan biasa-biasa ya! Pun begitu, Cef Zam yang sudah bertahun-tahun bergelar tukang masak professional tetap berasa sukar menyediakan juadah buat kerabat diraja.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat Sultan Mizan beraya di rumah Cef Zam. Ada yang pertama kali melihat Tuanku tersenyum lebar kerana Baginda sering dilihat begitu serius ketika urusan majlis rasmi.


Sumber: Murai


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 9-5-2023 08:34 AM
waaa besaunyaaaa rumah chef zam. peramah chef zam ni, tp iols lg suka masa bdn dia bam bam dlu, funny ok, tp elok laa jaga kesihatan.
Quote UsIsKita 9-5-2023 01:57 PM
very humble Tuanku.
Quote DianaSaksen 9-5-2023 05:53 PM
Chef zam masak sendiri setiap kali raya tak pakai katering kadang ada juga yg bagi food..rajin masak
Kalau aku dah penat
Quote hmmlantakko 9-5-2023 11:21 PM
nak menyampuk oot. budak tu anak dia ke. tgk dlm ig dia. mcm rohingg je. budak bertuah rohinggg mana la jd anak angkat dia ni. gituh iols jaki dgn rohinggg
Quote jfq 11-5-2023 01:44 PM
Awatla pakai tudung sarung senteng ala2 anak tudung. Tukarla style kot ye pun
Quote jfq 11-5-2023 01:45 PM
Sultan tganu dulu hensem. Skrang terserlah tua
Quote jfq 11-5-2023 01:47 PM
Rasa mcm pelik sultan sultanah pun kena ambik makanan kat buffet table
Quote None68 11-5-2023 01:51 PM
Aku membayangkan klu aku kat meja tu jawabnya mmg tak tertelanlah food, semua orang dok mengadap kita jer..
Quote Piramida 11-5-2023 10:25 PM
Apa yg humble nya?
Berprotokol berhidang dgn alas kuning bagai.. Waiter aka pramusaji khas pun ada.
Setakat up soc med seminit dua dan dikatakan humble.
Quote myakayina 12-5-2023 11:50 AM
wife sultan tu tetaplah dgn style tudung mcm tu ya..
Quote Mamiyan 12-5-2023 02:26 PM
Piramida replied at 11-5-2023 10:25 PM
Apa yg humble nya?
Berprotokol berhidang dgn alas kuning bagai.. Waiter aka pramusaji khas pun ada. ...

Kiranya humble la tu, dia amik sendiri makanan tu, ada kerabat ni pinggan pun pramusaji istana yg pegang hahahaha
Quote babysolaris 13-5-2023 06:41 PM
biarlah rezeki mereka.. hehe
Quote LadyCarefree 18-5-2023 02:06 AM
jfq replied at 11-5-2023 12:47 PM
Rasa mcm pelik sultan sultanah pun kena ambik makanan kat buffet table

Depends on majlis apa lah dan keadaan bagaimana. Family iols kenalan adiknya dan the wife. Sempoi habis. Betul2 humble. Auntie Heidi is so beautiful iols suka tengok muka dia.
Quote watachiwa 27-5-2023 09:50 PM
xAthenax replied at 13-5-2023 07:33 PM
Aritu bonda saudara Sultan ke kakak Sultan pun ada raya rumah cef Zam
Tapi keluarga Sultan Tranung m ...

Bonda Tuanku Mizan.
YTM Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Fatimah binti Syed Abdullah Al Saggof

Quote watachiwa 27-5-2023 10:24 PM
SM ni memang x lalu protokol sangat kalo bukan acara rasmi.
zaman anakanda2 baginda kecik2 selalu je deme gi beraya/jenjalan umah skoolmate SM n anak2 siap main panjat2 pokok mcm rakyat biasa.

plus adik beradik SM zaman Almarhum Sultan Mahmud ada pon x berprotokol sangat.
waima the siblings semuanya bukan anak gahara.
Anak Syarifah Nong dan Che Khatijah.

Bonda Tiri SM adik beradik dengan almarhum Sultan Selangor Sultan Salahuddin (suami TP Aishah). So, SS dan SM sepupu tiri (ade ke istilah ni. huhuhu)
Tuianku Aishah Rohani, Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan tu pangkat makcik saudare sepupu since Tengku Aishah tu cousin dengan ayahanda Sultan Mizan.

dengan Pahang pon related gak tu. belum kire wife Raja Perlis plak sedara belah parents kerabat Terengganu n Kelantan. Sultanah Kedah kerabat Kelantan jugek.

pusing2 gitu je la. Tuanku Zara Perak pon her mother kerabat Kedah kan.
Quote riyadhK 28-6-2023 11:53 PM
jfq replied at 11-5-2023 01:47 PM
Rasa mcm pelik sultan sultanah pun kena ambik makanan kat buffet table

Itulah iols tgk sultanah pegang pinggan tunggu turn nak ambil makanan tu teringat budak2 asrama. ☺️
Quote cmf_jeangrey 29-6-2023 06:10 AM
Bagus la being normal time bukan acara rasmi..after all diorg ni human je pun cuma nasib baik lahir dr keturunan bergelar..ada sultan sorg tu air mineral pun kena bawa dr yistana ye..yg disediakan penganjur x boleh minum
Quote afie_m 3-7-2023 12:37 PM
betul, kalau macam ni, rakyat nak dekat pun seronok.
Quote nw111 4-7-2023 10:38 PM
Tgk news adik SM Tg Norhana meninggal sbb apa ye...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-1-2025 04:53 PM GMT+8 , Processed in 0.070696 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top